.

.

KARTiKEL

Sabtu, 14 September 2013

Permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tahun 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT), boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://apps.moe.gov.my/esptv/kvsptv_2013/ bermula 17 September 2013 (Selasa) sehingga 25 Disember 2013 (Ahad).


Ini sedikit maklumat mengenai  Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang boleh cikgu kongsikan. Semoga Berjaya!!

Pendidikan Teknikal 
Bidang teknikal dikhususkan kepada murid yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum atau Tingkatan 6.

Pendidikan Vokasional  
Bidang vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan).  Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.

Latihan Kemahiran
Bidang kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.

Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Di samping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.



Syarat Khusus





BIL.
PROGRAM
KATEGORI
KURSUS
PENCAPAIAN MINIMUM
1.
Pendidikan Vokasional
A
1.Teknologi Mekatronik
2. Penyelenggaraan Pesawat
3. Perakaunan
4. Pengurusan perniagaan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup.

B
1. Teknologi Elektrik
2. Teknologi Elektronik
3. Teknologi Automotif
4. Sistem Komputer dan Rangkaian
5. Sistem Pengurusan Pengkalan Data dan Aplikasi Web
6. Teknologi Pembinaan
7. Pembuatan Peralatan - Metal Stamping Die
8. Pembuatan Peralatan – Mould

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup.

C
1. Pelancongan
2. Seni Kulinari
3. Bakeri dan Konfeksioneri
4. Fesyen dan Pembuat Pakaian
5. Perkhidmatan Asuhan Kanak-kanak
6. Kosmetologi
7. Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
8. Pemesin  Industri
9. Teknologi Kimpalan
10. Hotikultur Hiasan
11. Landskap
12. Mekanisasi Pertanian
13. Agroindustri Tanaman
14. Agroindustri Ruminan
15. Agoindustri Poltri
16. Bioteknologi
17. Herba
18. Pemprosesan Hasil Pertanian
19. Akuakultur
20. Florikultur
21. Kesetiausahaan  Pentadbiran
22. Insurans
23. Perbankan
24. Pemasaran
25. Pengurusan Peruncitan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup.
2.
Pendidikan Teknikal
-
1. Kejuruteraan Mekanikal
2. Kejuruteraan Elektrik
3. Kejuruteraan Awam
4. Sains Pertanian
5. Perdagangan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup.
3.
Latihan Kemahiran
-
1. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
2. Juruteknik Elektrik
3. Pemesin Am / Juruteknik Pemesinan
4. Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
5. Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
6. Pelukis Pelan Kejuruteraan  Mekanikal
7. Furniture Maker
8. Jurubina Bangunan
9. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
10. Jurukerja Paip / Pemasangan Perpaipan dan Kumbahan
11. Pelukis  Pelan Senibina
12. Juruteknik Elektronik Industri-Peralatan
13. Pembuat Pakaian Wanita / Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
14. Pembantu Penyedia Makanan  / Demi Chef
15. Jurukecantikan
16. Pekerja Ladang Pertanian / Juruteknik Ladang Pertanian
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Kemahiran Hidup.




36 ulasan:

  1. Bagaimanakah cara nk permohonan ke kolej vokasional 2014?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nk daftar mcm mana ea? tolong reply ok. tq

      Padam
  2. cuba bukak link yang disediakan di atas
    kemudian log in masuk guna no ic dan angka giliran PMR anda jer..
    Mudah kan?.. ;)

    BalasPadam
  3. slm, sekolah menengah teknik mana yang ada kursus sains pertanian

    BalasPadam
  4. cikgu teknologi makmal perubatan xde?

    BalasPadam
  5. cikgu lepas daftar ni dia kata permohonan anda telah diterima..dah dpt ke tu?

    BalasPadam
  6. pelancongan tu macam mane??
    Respon Please :)

    BalasPadam
  7. Ckgu kalau salah isi brang mlalui internet tp dh anta nk buat mcm mne erk ,,?

    BalasPadam
  8. boleh saya tahu bagai mana cara pembelajaran di vokasional ini ?

    BalasPadam
  9. cikgu , sya ibu pada anak sya yg memohon ke vokasional dan aliran kemahiran itu ditentukan di sekolah itu mengikut keputusan PMR atau pilihan sendiri . terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikgu,saya tak berjaya saya nak mohon rayuan aliran kemahiran jurusan eletrik atau penyediaan makanan bagaimana caranya

      Padam
    2. boleh cuba buat rayuan terus kepada KV yang dipohon.. ;)

      Padam
    3. Jika prmohonn dtolak..boeh walk in

      Padam
  10. cikgu, anak saya dpt 2a 4b 2c. adakah anak saya layak mendapat belajar dalam kejuruteraan elektrik atau elektronik?

    BalasPadam
  11. puan boleh cuba memohon.. kadang2 banyak faktor lain (lokasi sekolah, subjek ditawarkan, gred subjek tertentu) yang juga mempengaruhi pemilihan pelajar untuk mengikuti kursus.. semoga berjaya yer!

    BalasPadam
  12. ada elaun tak ?

    BalasPadam
  13. cikgu boleh saya tanya bagaimana nak tahu kalau nama kita dipilih untuk masuk vokasional apa yang perlu dibuka

    BalasPadam
  14. Bakeri dan konfeksioneri ada di vokasional mana.?

    BalasPadam
  15. ASSALAMUALAIKUM CIKGU?..anak saya perempuan, diterima KV A.Setar dalam diploma sistem komputer...saya masih berbelah bagi untuk menerima tawaran ini...dia sekarang di SMK biasa ambil kelas sains..kos ini sesuai tidak dengan anak saya..dalam PMR 2013 dia mendpt 4a 4b 1c....nak minta pandangan cikgu dengan peluang di masa depan terima kasih...jasa cikgu dikenang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Cikgu Foziah..

      Sekiranya anak puan memang betul2 berminat dengan kursus sistem komputer ini, bagi saya tak jadi masalah. Kalau anak puan sekadar nak cuba, takut juga bila setengah pengajaran nanti dia patah balik ke sekolah biasa.

      Sebab mengikut kefahaman saya, sistem pembelajaran di KV sekarang lebih menjurus kepada penyediaan pelajar yang mempunyai kemahiran dan laluan untuk terus bekerja. Sebab tu diorang takdak ambik SPM lagi. Itu pun antara perkara yang puan perlu pertimbangkan juga lah.

      Dari segi peluang kerja untuk masa depan, sekiranya pembelajaran anak puan adalah lebih kepada bidang khusus dalam ICT, macam pengaturcaraan, coding, penghasilan apps, saya rasa mungkin masih ada ruang untuk relevan dengan kehendak masa depan.

      Pendapat saya, lebih baik puan tanyakan dengan guru KV yang puan kenali supaya dapat gambaran yang lebih jelas mengenai sistem pembelajaran dan juga peluang kerjaya untuk masa depan.

      All da best, dan selamat berjaya buat Cikgu Foziah dan anak.. ;)

      Padam
    2. assalammualaikum , macam mana hendak tahu permohon vokasional 2014 berjaya ? adakah dia hantar ikut email or die massage kat number phone saya ? tlog bls :)

      Padam
    3. menurut sumber dari seorang rakan guru yang mengajar di sebuah KV, keputusan akan diketahui pada 13 Jan ini. boleh buat semakan melalui internet dan juga cetak surat tawaran melalui sana juga.. Selamat berjaya!

      Padam
  16. Slm cikgu,sy nk tahu kv mn yg ade kursus sistem komputerdan rangkaian...t/kasih..

    BalasPadam
  17. Cg, sye mndpt 6a2b dlm percubaan pmr dan mendpt 8a dlm pmr,knapa permohonan sye xberjaya?kecewa sangat..teringin sngt nk masuk smt :(

    BalasPadam
  18. Sweet Ninety One.. cuba lah buat rayuan dalam masa yang terdekat ini di sekolah teknik yang berdekatan.. InshaAllah ada rezeki kot..

    BalasPadam
  19. assalamualaikum.cikgu...mcam mane care pembelajaran di KV yer... bidang elektrik??kalo bdak perempuan sesuai ke?.,,,pekerjaan ape yg sesuai dgn bidang ini?

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum cikgu hailmi .. sy mmproleh kputusan sbnyk 2a 5b 2c dlm PMR .. adkah sy lyak untuk mngambil kursus penyelenggaraan pesawat atau kejuruteraan awam .. dan vokasional mnakah yg ptut sy mohon .. kerjasam ckgu sy hargai .. terima kasih :)

    BalasPadam
  21. Salam andy fxu.. sama ada anda layak atau tak untuk mengikuti sesuatu kursus di KV bergantung kepada banyak perkara.. keputusan, jumlah tempat dan lokasi KV juga menjadi faktor penentu kepada rezeki anda untuk belajar di KV. Cikgu cadangkan anda cuba saja, kemudian tunggu keputusan. Tak dapat, boleh kemukakan rayuan di KV yang berdekatan. Selamat berjaya!

    BalasPadam
  22. Tapi cikgu .. tarikh permohonan dah tamat.. apa yang perlu sy lakukan? :/

    BalasPadam
  23. Andy fxu boleh cuba terus walk in ke KV yang berdekatan bagi bertnyakan hal tersebut..

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum.cikgu.adik sy dterima masuk ke kolej vocasional muar dlm jurusan teknologi binaan.die tidak disediakan asrama.tetapi kami sekeluarga menghadapi masalah untuk penghantaran dan pengambilan die ke kolej.oleh itu sya membuat keputusan untuk menukarkan die ke kolej voca di banting dekat dengan tempat tinggal saya.adakah kesukaran untuk mendapatkan tempat di kolej lain sedangkan tawaran di kolej berbeza?

    BalasPadam
  25. Saya ingin membuat rayuan terhadap penempatan asrama . Adakah ia akan melibatkan tempoh masa yang lama?kerana dalam masa yang sama adik saya tidak mengambil surat berhenti sekolah tigkatan 3 kerana bimbang tidak di tempatkan di asrama.

    BalasPadam
  26. Anak perempuan saya mendapat smt jb dlm sains pertanian. sebelum ini anak saya belajar sains tulen. Nak minta nasihat benarkan ianya tidak bersesuaian.

    BalasPadam
  27. saya sedang dalam proses untuk pengambilan pt klo nk daftar ke kv bleh ke? reply

    BalasPadam