About Me

Bantuan Baucar Buku 1Malaysia BB1M Kepada Pelajar Kolej Matrikulasi Dan Pelajar Tingkatan 6 Rendah Bagi Tahun 2013

Pemberian Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sebanyak RM250 kepada Pelajar Kolej Matrikulasi Dan Pelajar Tingkatan 6 Rendah Bagi Tahun 2013 telah diumumkan melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada hari ini. 

Bantuan Baucar Buku 1Malaysia BB1M Kepada Pelajar Kolej Matrikulasi Dan Pelajar Tingkatan 6 Rendah Bagi Tahun 2013

Syarat Kelayakan Penerima
- Warganegara Malaysia
- Berstatus aktif di Kolej Matrikulasi atau Tingkatan 6 rendah dalam tempoh 1 September sehingga 31 Oktober 2013
- Melanjutkan pelajaran di peringkat Matrikulasi sesi 2013/2014 atau Tingkatan 6 Rendah sesi 2013
- Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M (1 September - 31 September 2013)
- Belum pernah menerima BB1M untuk tahun 2013


Kadar Bantuan BB1M
RM250 bagi setiap murid (RM50 X 5 keping baucar)


Tempoh Sah Laku BB1M
Baucar buku ini sah digunapakai selama 2 bulan sahaja iaitu mulai 1 September 2013 hingga 31 Oktober 2013


Tatacara Penggunaan BB1M
- Baucar hendaklah dicop dengan cop rasmi kolej matrikulasi / sekolah di bahagian belakang.
-  Pelajar boleh menggunakan baucar buku ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. 
- Pelajar perlu mengemukakan baucar buku yang lengkap dengan nama pelajar, nombor kad pengenalan dan cop rasmi sekolah / kolej matrikulasi serta menunjukkan kad pengenalan asal semasa pembelian.
- Sekiranya amaun pembelian buku ada berbaki, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran, seperti buku catatan dan alat tulis dengan syarat tidak melebihi 20% daripada nilai baucar yang digunakan. Baki baucar yang tidak habis digunakan adalah dianggap luput dan tidak boleh dituntut.
- Jika amaun yang digunakan adalah melebihi RM250, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada kerajaan.


Penyalahgunaan BB1M
- Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga.
- Pihak yang didapati bersubahat dalam penyalahgunaan baucar buku ini akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.


Rujukan
Surat Pemberitahuan Penerimaan BB1M
Garis Panduan Pemberian BB1M 

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. yeap.. memang untung kalau nak dibandingkan dengan zaman kita belajar dulu.. ;)

    BalasPadam
  2. untunglah budak-budak sekarang ek..

    BalasPadam
  3. tu lah.. harap2 ada motivasi untuk belajar dengan lebih cemerlang gemilang lagi

    BalasPadam
  4. uisyh... dulu budak nak dapat sepuluh ringgit pun susah

    BalasPadam
  5. Baucer ini hanya untuk budak2 form 6 dan budak matrik saja ke? budak2 U x dapat ye?

    BalasPadam
  6. kalau bantuan untuk tingkatan 6 takda ea ? contohnya . bantuan untuk kmpter riba . hmm

    BalasPadam