About Me

Sanggup Makan Daging Burger Yang Dihasilkan di Makmal?

Sama ada anda sedar atau tak sedar, pada 6 Ogos yang lepas telah menjadi satu titik tolak baru kepada bidang sains dan teknologi. Ini kerana buat pertama kalinya, diperkenalkan kepada dunia, daging burger yang dihasilkan di dalam makmal! Yup! Daging tersebut dihasilkan daripada tisu lembu yang dikulturkan di dalam makmal sehingga menjadi seketul daging burger. Dahsyat! Makna nya hanya sedikit tisu daging lembu diperlukan bagi menghasilkan seketul daging burger.

Sanggup Makan Daging Burger Yang Dihasilkan di Makmal?

Penciptanya, Mark Post mengatakan tujuan menghasilkan daging ini adalah bagi menyediakan alternatif kepada penyelesaian kekurangan daging lembu di pasaran, serta bagi mengurangkan pemanasan global yang membawa kepada perubahan cuaca.

Alasan Mark Post ini juga disokong oleh kenyataan bahawa pada masa sekarang terdapat kira-kira 60 bilion haiwan ternakan bagi 7 billion penduduk dunia, dan 70 peratus daripada bidang pertanian dan 8 peratus daripada sumber bekalan air dunia telah dikhaskan kepada penghasilan haiwan ternakan. Menjelang 2050, dijangkakan diperlukan sehingga 100 bilion haiwan ternakan bagi menampuan keperluan 10 bilion penduduk dunia. Sudah tentu jumlah ini tidak mencukupi. 

Sanggup Makan Daging Burger Yang Dihasilkan di Makmal?

Keperluan kepada penggunaan daging yang tinggi juga menyebabkan kita perlu kepada beberapa lagi penyelesaian alternatif untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Risiko dan nutrien pula bagaimana?. 

Sanggup Makan Daging Burger Yang Dihasilkan di Makmal?

Mark Post tidak menyatakan apa-apa risiko dan juga kesan jangka masa panjang pengambilan daging ini. Tetapi para penyokong idea ini bersetuju jika daging yang dihasilkan dalam makmal ini dimasukkan bersama dengan nutrien-nutrien lain yang baik untuk badan.

Catat Ulasan

3 Ulasan