About Me

Misteri Keranda FEMA

Pernah dengar misteri pasal Keranda FEMA? Keranda FEMA adalah keranda plastik yang disediakan oleh Federal Emergency Management Agency (FEMA) kerajaan negara Amerika Syarikat. Kalau tengok kepada nama agensi yang menyediakan keranda tersebut, dah tentu kita tahu bahawa ini adalah berkaitan dengan pengurusan semasa berlakunya kecemasan. Mungkin pada ketika berlakunya bencana atau malapetaka. Namun, apakah yang misteri sangat pasal Keranda FEMA nih?

Misteri Keranda FEMA

Yang menjadi misteri adalah kerana Keranda FEMA ini sejak kebelakangan ini telah disusun dengan banyaknya sekali di hampir ke seluruh Amerika dalam kuantiti yang sangat mengejutkan. Seolah-olah mereka (FEMA) sedang bersedia dengan sesuatu bencana atau malapetaka yang bakal berlaku di seluruh Amerika Syarikat!

Kegiatan mengedarkan Keranda FEMA ini telah mula dikesan oleh ramai orang dengan imej-imej satelit dari Google dan imej sebenar yang ditangkap oleh orang persendirian. Menjadi persoalan kenapa bilangan yang terlalu banyak sehingga memusykilkan apakah fungsinya dengan sebegitu banyak dan menimbulkan juga persoalan lain. Adakah Amerika sedang bersedia dengan 'sesuatu'??..

Misteri Keranda FEMA

Misteri Keranda FEMA

Di Georgia sahaja dianggarkan sehingga hampir setengah juta Keranda FEMA disediakan, sementara itu di Illinois sehingga mencakupi kawasan sehingga 10 batu radius!!. Sudah tentu ini menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai yang panik dengan apa yang bakal menanti.

Sesetengah ahli skeptik yang tidak percaya menganggap Keranda FEMA itu sebagai bekas kalis air bagi menyimpan makanan, air bersih, dan keperluan kecemasan yang lain sekiranya berlaku bencana. Walaubagaimanapun, ada yang perasan bahawa terdapat persamaan antara Keranda FEMA dan juga yang dijual di Polyguard Vaults. Ia sebenarnya produk yang sama yang dihasilkan oleh pekilang di Kanada!

Misteri Keranda FEMA

Oleh kerana ramai yang panik dengan kehadiran Keranda FEMA ini, maka muncullah beberapa ramalan dan jangkaan seperti akan berlakunya holocaust, pembunuhan beramai-ramai yang secara terancang oleh kerajaan Amerika Syarikat. Ada juga yang mengatakan bahawa kerajaan Amerika bakal menyebarkan perang biologi (guna virus untuk menghasilkan zombie??..) kepada rakyatnya sendiri!Atau pun, ada 'sesuatu' yang lebih dahsyat menanti??

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. saya baru tahu kisah ni. sebenarnya FEMA stands for what? sama2 kita doakan negara kita selamat dari sebarng musibah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. FEMA = Federal Emergency Management Agency (FEMA)

      Ngeri kan?.. Penuh dengan saspen

      Padam
  2. teringat pulak filem 2012 yang diorang sampai bina kapal besar tu...misteri sungguh keranda tu

    BalasPadam
  3. first time aku dengar nih. hoho

    BalasPadam
  4. bagus3x.. tambahkan ilmu pengetahuan sama-sama.. ;)

    BalasPadam
  5. first time dengar benda camni :>

    BalasPadam
  6. hmmm... mungkin x banyak sangat publisiti kot..

    BalasPadam