About Me

Gambar Isteri Fatih Seferagic, Ikon Belia Islam

Alhamdulillah. Fatih Seferagic dah pun selamat mendirikan rumah tangga pada hari ini. Mesti frust habis awek-awek hijabista yang minat sangat kepada Fatih Seferagic yang hensem nih. Walaupun masih muda, dan baru berusia 18 tahun pada tahun ini, itu semua tak jadi penghalang kepada Fatih Seferagic untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Gambar di bawah ini adalah gambar isteri beliau, yang tak pula dinamakan. Tapi gambar ini dipost sendiri oleh Fatih Seferagic dalam akaun Twitter nya sebaik saja dia selesai bernikah dengan status "me and my wifey". Comey, secocok! Apa-apa pun, alhamdulillah, tahniah! Mubarak!

Isteri Fatih Seferagic
Gambar kahwin Fatih Seferagic

Siapa Fatih Seferagic?
Fatih Seferagic merupakan seorang warganegara Bosnia, tetapi dilahirkan di Jerman. Pada usia 4 tahun, dia berhijrah ke Amerika dan terus bermastautin di sana. Beliau tinggal di Arizona selama lebih kurang 3/4 tahun dan kemudiannya berpindah ke Maryland dan tinggal di sana selama 7 tahun. Kemudian berpindah lagi ke Baltimore, di mana di sanalah beliau mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam. 

Fatih Seferagic, Ikon Belia Islam

Di Baltimore, Fatih Seferagic bersekolah di Sekolah Hifzh, sekolah bagi penghafaz Al-Quraan. Bermula pada usia 9 tahun, Fatih mengambil masa 3 tahun bagi menyudahkan hafazan nya. Bermaksud pada usia 12 tahun, beliau sudah bergelar seorang Hafiz. Subhanallah!

Walaupun sudah menghabiskan hafazan, namun beliau masih kekal di sana untuk tempoh lagi 2 tahun. Pada tahun 2010, Fatih Seferagic diterima masuk ke Program Bayyinah Dream, di mana beliau berpeluang mempelajari Bahasa Arab dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Pemuda di Masjid Syaikh Yassir Brijas di Dallas, TX. 

Fatih Seferagic, Ikon Belia Islam

Fatih Seferagic, Ikon Belia Islam

Fatih Seferagic datang Malaysia

Populariti Fatih Seferagic mula melonjak di peringkat global apabila video-video bacaan Al-Quraan nya mula tersebar di Youtube. Dengan pakej yang lengkap, muka hensem, suara sedap, dan penghafaz Al-Quraan, maka dengan mudah sekali, Fatih Seferagic mengumpulkan peminat-peminat di seantero pelosok dunia, terutamanya dalam kalangan belia Islam. Fatih Seferagic juga pernah mengadakan lawatan ke Malaysia pada 22 Jun 2013 hingga 7 Julai 2013 yang lalu. Maka dengan segala kelayakan seperti ini, maka layaklah beliau untuk dijadikan ikon oleh belia-belia Islam di seluruh dunia!

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Mmg sesuai dengan dia, bininya tu.. mesti muda gak tu ye.. Semoga beliau dapat menyebarkan agama islam dengan lebih baik selepas ini.

    BalasPadam
  2. itu lah.. sembahyang pun makin khusyuk lagi pasnih.. alhamdulillah..

    BalasPadam
  3. pakej yang menarik.. pandai baca al-quran dengan taranumnya sekali.. memang kerap cari dekat Youtube..

    BalasPadam
  4. memang layak jadi ikon pemuda islam

    BalasPadam
  5. Memang terbaek!! Harap ada lebih ramai pemuda contoh camnih yang boleh jadi ikutan belia Islam yang lain.. ;)

    BalasPadam
  6. memang hensem.. tapi dah x sempat dah Ct Noraishah.. dah jadik suami orang .. ;)

    BalasPadam
  7. Hurmmm. Gambar first Fatih dengan isterinya seperti menampakkan yang Fatih pakai rantai?

    BalasPadam
  8. Baru isteri yg pertama

    BalasPadam
  9. congratulations fatih because choose to marry at an early age..for me im agree with him marry earlier because can prevent sins..but first of all both partner must complete theirselve with deep knowledge about religion first before decide to marry...fatih one of your picture with your wife which her neck could be seen hope you hide that picture and for anybody who also had that picture it is better be hide or delete because that women's aurat

    BalasPadam
  10. slm dr CFSIIUM, PJ..
    mmg patut djadikan ikon dan idola.. ckup pakej..
    semoga Fatih and his beloved wife live happily until Jannah.. :)

    BalasPadam
  11. Dia lah ikon belia muslim zaman sekarang:-)

    BalasPadam
  12. subhanallah, seorang pemuda muslim harusnya memang seperti itu... tidak sekadar bersenang2, mabuk sana-sini... ini baik buat ikon remaja islam, bukan justin bieber...

    BalasPadam
  13. dah kahwin. congrats. 18 tahun.

    BalasPadam