About Me

Bulatan Misteri di Dasar Laut Jepun

Pasukan penyelam di dasar laut Jepun telah menemui satu bulatan misteri yang dikaitkan dengan tapak pendaratan kapal angkasa UFO makhluk asing. Bulatan dengan simetri dan juga lekukan yang terdapat pada dasar laut tersebut menimbulkan seribu satu pertanyaan kepada pasukan tersebut, dan juga orang awam yang kagum dengan bulatan tersebut.

Bulatan Misteri di Dasar Laut Jepun

Sehingga lah satu kajian terperinci yang telah dijalankan oleh saintis Jepun akhirnya mendapati bahawa bulatan tersebut adalah binaan yang dihasilkan oleh sejenis ikan buntal jantan bagi menawan hati ikan buntal betina idaman untuk tujuan mengawan!

Seekor ikan buntal jantan tersebut mengambil masa sehingga 10 hari bagi menghasilkan sarang tersebut. Lekukan dan juga bulatan yang dihasilkan hanyalah daripada lenggokan badan dan juga pergerakan ikan buntal tersebut sahaja. Sekiranya ada ikan buntal betina yang berpotensi untuk ikan jantan tersebut, maka ikan jantan tersebut akan mengocakkan pasir-pasir kecil di bahagian tengah binaan tersebut, bagi menarik perhatian ikan betina tersebut. Dan jika ikan betina itu berpuashati dengan binaan tersebut, ikan itu akan bertelur di bahagian tengah dan seterusnya meninggalkan kawasan tersebut.

Bulatan Misteri di Dasar Laut Jepun

Ikan jantan tersebut akan menjaga telur-telur tersebut sehingga 6 hari sebelum telur tadi menetas. Seterusnya akan meninggalkan sarang tersebut dan bergerak ke tempat lain bagi menghasilkan sarang baru yang lebih kurang serupa. Rajin nya!

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Begitulah biasanya misteri bermula, apabila gagal dirungkai puncanya, dituduh makhluk asing yang punya angkara..

    BalasPadam
  2. hu3.. x sangka ada jugak nama saya dalam senarai.. ok good luck lah yer semua

    BalasPadam