About Me

11 Makanan Yang Mengurangkan Kepandaian Otak Anda

Pemakanan sememangnya diakui boleh memberi kesan langsung kepada otak kita. Ada sesetengah makanan memberi kesan positif seperti merangsang tahap kognitif otak kita dan juga memperbaiki daya ingatan, manakala ada juga sesetengah makanan yang dapat memberi kesan negatif kepada otak dan pemikiran kita. Dapat dikatakan makanan seperti ini adalah makanan yang membodohkan kita, secara perlahan-lahan, tetapi confirm!


11 Makanan Yang Boleh Membunuh Kepandaian Kita


1. Makanan Bergula
Penggunaan berlebihan gula akan memberi kesan kepada masalah saraf, serta mengganggu daya ingatan kita. Juga mengganggu kebolehan kita untuk belajar!

2. Alkohol
Selain daripada dapat merosakkan hati, alkohol juga dapat memberi kita 'brain fog' yang mana otak tidak dapat berfikir dengan jelas, kecelaruan mental. Otak menjadi tidak seimbang, serta menyebabkan anda menjadi seorang yang sangat pelupa.

3. Makanan Ringan
Makanan ringan atau juga dikenali sebagai jajan dikatakan mengandungi bahan yang boleh mengubah kandungan bahan kimia dalam otak. Penghasilan dopamine, atau hormon gembira juga akan terbantut. Ini akan membawa kepada penyakit kemurungan dan kebimbangan.  

11 Makanan Yang Boleh Membodohkan Anda

4. Makanan Bergoreng
Makanan bergoreng akan secara perlahan-lahan merosakkan sel saraf yang terletak pada otak. Minyak bunga matahari juga dikatakan adalah minyak yang paling banyak mengandungi toksin.

5. Makanan Proses
Makanan diproses mengandungi kandungan bahan kimia yang sangat tinggi. Bahan ini boleh mengganggu sistem saraf dan akan mempercepatkan proses penuaan otak (Alzheimer).

6. Makanan Yang Sangat Masin
Makanan masin dengan kandungan yang tinggi dapat mempengaruhi kemahiran kognitif dan juga menyebabkan otak menjadi tidak seimbang. Garam juga menunjukkan ciri-ciri seperti dadah yang boleh menyebabkan ketagihan dan juga kerosakan pada otak. 

11 Makanan Yang Boleh Mengurangkan Kepandaian Anda

7. Bijiran
Sebahagian jenis bijiran juga dipercayai boleh mengganggu fungsi otak. Pengambilan berterusan bijiran tertentu boleh mengakibatkan 'brain fog' dan juga kemerosotan daya ingatan. 

8. Protein Yang Diproses
Tidak seperti fungsi protein semulajadi, protein yang diproses seperti sosej, dan lain-lain memberi kesan yang langsung tidak sama, bahkan bertentangan dengan fungsi protein asal.

9. Lemak Trans
 Lemak trans adalah makanan yang sangat patut dielakkan. Selain daripada menyebabkan masalah kepada jantung, meningkatkan tahap kolestrol dan juga obesiti, lemak trans juga boleh menyebabkan otak menjadi lembap, dan meningkatkan kadar strok! Pengambilan berterusan juga akan menyebabkan otak semakin mengecil, dan meningkatkan risiko Alzheimer. 

11 Makanan Yang Boleh Menyebabkan Anda Kurang Cerdik


10. Pemanis Tiruan
Pemanis tiruan mengandungi kadar kalori yang lebih rendah berbanding gula, tetapi memberi kesan yang jauh lebih buruk. Penggunaan pemanis tiruan yang berterusan akan mengakibatkan kerosakan pada otak dan mengganggu kemahiran kognitif anda. 

11. Nikotin
Sekalipun tidak dikategorikan sebagai makanan, namun nikotin sebenarnya sangat menghalang aliran darah ke bahagian organ yang penting. Nikotin menyebabkan penuaan yang lebih cepat, sesak nafas dan risiko kanser paru-paru, serta mengecilkan saluran darah kapilari yang kecil dalam otak.


Sumber

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. semoga bermanfaat kepada semua..

    BalasPadam
  2. Makanya harus control.. Kan kan kan. Heheh. Slmt hari raya, cikgu! :P

    BalasPadam
  3. yer3.. setuju sangat dengan Vee Lea..
    Terima kasih sebab wish raya ye..
    Jemput lah datang ngabang.. ;)

    BalasPadam
  4. kena control... aku tak boleh control nombor4 tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha... lepas nih boleh pelbagaikn lagi cara masakan ye..

      Padam
  5. Assalam cikgu... Sori link sumber dh x wujud... Bleh update x? Tq

    BalasPadam
  6. Cg btul ker mngga bole membuatkan kita kurang pndai

    BalasPadam