About Me

Menganalisa Kaedah Pembersihan Air

Ada beberapa kaedah pembersihan air, antaranya pendidihan, pengklorinan, penurasan dan penyulingan. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Air yang datang daripada sumber yang kita gunakan, sama ada dari paip atau pun dari sumber sungai dan lain-lain, merupakan air yang masih perlu dirawat. Air mentah dari pelbagai sumber ini perlulah menjalani kaedah pembersihan air sebelum selamat untuk digunakan.

a) Penurasan
Kaedah penurasan menggunakan beberapa lapisan bahan (batuan, pasir) sebagai penapis semulajadi kepada air yang mahu dibersihkan tersebut.


Penurasan

Kebaikan : Air jernih dan bebas daripada zarah terampai
Keburukan : Air masih mengandungi mikroorganisma dan bahan terlarut


b) Pendidihan
Pendidihan dilakukan dengan cara memanaskan air sehingga mendidih, iaitu sehingga mencapai takat didih, 100 C.

Pendidihan

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup
Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut


c) Pengklorinan
Pengklorinan adalah cara membersihkan air dengan cara menambahkan klorin ke dalam air tersebut bagi tujuan untuk membunuh mikroorganisma


Pengklorinan

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup
Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut


d) Penyulingan
Penyulingan adalah melalui proses dalam makmal dengan radas yang disediakan seperti di bawah dan menggunakan konsep kondensasi gas kepada cecair bagi menulenkan air yang kotor.

Penyulingan


Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma, zarah terampai dan bahan terlarut
Keburukan : Tidak mengandungi zat mineral yang berguna kepada kesihatan badan 


Catat Ulasan

53 Ulasan

  1. wahh.. terima kasih cikgu.. mudah saya dan rakan2 menjalankan kerja kursus macam nie.. thanks again..

    BalasPadam
  2. sama2.. Mimpi Mico.. semoga semua beroleh manfaat.. ;)

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Semoga diberkati Allah

    BalasPadam
  5. Syukran Jazilan cikgu sbb konsi maklumat nie kpd sy & rakan2

    BalasPadam
  6. Syukran Jazilan cikgu sbb konsi maklumat nie kpd sy & rakan2

    BalasPadam
  7. Terima kasih jugak Capital Z sebab jadikan blog cikgu sebagai tempat rujukan.. Semoga beroleh kejayaan! ;)

    BalasPadam
  8. thanks cikgu.. sbb tolong saya cari rujukan yang lebih dipercayai... harap cikgu terus membantu saya dan rakan2 yg lain...:)

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. not bad..menepati apa yg nk dicari..ok

    BalasPadam
    Balasan
    1. bua..............................kau...................

      Padam
  11. orang putih,orang pakistan;
    terima kasih syukran jazilan

    terima kasih cikgu...sgt membantu.

    BalasPadam
  12. hak3.. nice.. suka orang berpantun pagi2 ni
    semoga bermanfaat yer.. ;)

    BalasPadam
  13. Cikgu x kan ada 4 je???? Melalui Penyinaran ultraungu dan Pengozonan x de ke cikgu??

    BalasPadam
  14. assalamualaikum cikgu..thanks sebab cikgu dah bagi banyak maklumat tentang kerja kursus saya

    BalasPadam
  15. Wslm.. sama2 Syafiqah.. Tq gak sebab jadikan blog cikgu sebagai rujukan.. Semoga bermanfaat yer.. ;)

    BalasPadam
  16. Assalammualaikum cikgu, macam mana 2 cara nak mengesahkan bahawa air suling yang diperoleh hasil penyulingan tidak mengandungi mikroorganisma???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Titiskan beberapa titisan air hasil proses penyulingan ke dalam piring petri yang mengandungi agar agar jernih . Perhatikan jika ada pertumbuhan kulat pada permukaan agar agar selepas tiga hari.

      Padam
  17. terima kasih sb kongsi maklumat

    BalasPadam
  18. sama-sama.. semoga beroleh manfaat..

    BalasPadam
  19. Salam . Cikgu , di mana saya boleh dapatkan kaedah penjimatan air ? Ada tak dalam blog ini ? Kalau ada tolong berikan saya linknya .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalm.. ada Ainul.. ;)
      boleh klik kat bawah nih yer

      http://www.cikguhailmi.com/2013/07/pbs-b6d4e1-pencemaran-air.html

      Padam
  20. syukran jazilan ya muallim...
    appriate it so much...
    thanks again...
    may Allah bless u
    _adam 2KAA_

    BalasPadam
  21. tq adam sbb support blog cikgu..
    semoga berjaya yer.. ;)

    BalasPadam
  22. terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat ini dengan kami :) !
    memang memerlukan isi2 ini utk kerja kursus pbs ,

    BalasPadam
  23. Terima kasih cikgu.info yg sangat berguna utk projek sains sy..^^Y

    BalasPadam
  24. cikgu terima kasih sbb kongsi ilmu sesama islam

    BalasPadam
  25. sama-sama.. semoga bermanfaat yer.. ;)

    BalasPadam
  26. cikgu wat lg pbs yang lain

    BalasPadam
  27. cantik sangat! saya selalu buat presentasion berpandukan blog cikgu. ;D

    BalasPadam
  28. assalamualaikum cikgu ,camne saya nak buat satu model penurasan air menggunakan pasir dan batu

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam..

      boleh gunakan botol mineral..
      terbalikkan botol mineral,
      bahagian dasar dia potong
      kemudiannya masukkan lapisan batu satu persatu

      selamat mencuba!

      Padam
  29. terima kasih cikgu..klau nk cari bahan-bahan untuk pbs sains memang sy akan cri kat blog cikgu..=)

    BalasPadam
  30. assalamualaikum.....terima kasih banyak2 kat cikgu sebab blog cikgu banyak membantu saya.....cikgu terbaiklah!!!!

    BalasPadam
  31. cikgu nk tnye ni.. mengapakah air suling yg sgt tulen x sesuai dijadikn bekalan air ? klau bleh nk tau secpt mungkin..

    BalasPadam
  32. Cikgu, Pengozonan dan ultraungu x de ke ?

    BalasPadam
  33. cikgu .. apakah fungsi utk alum ?

    BalasPadam
  34. kaedah pengozonan dengan penyinaran ultraungu takde ke cikgu ?

    BalasPadam
  35. terima kasih cikgu ,kerna menolong sye utk mencari kaedah2 tersebut. tetapi cikgu,sye jga hendak mencari kaedah pengozonan dan ultraunggu,boleh cikgu bagitahu dekat mne nk cari bende tu???

    BalasPadam
  36. boleh saya tahu antara pnyakit disbbkn minum air dari proses penurasan ni?

    BalasPadam
  37. Mcm mne saye boleh buat model proses pembersihan air ??

    BalasPadam
  38. TERIMA KASIH CIKGU


    BalasPadam
  39. Cikgu ade x cara2 nk mengingati cara2 ni tanpa tngk apa2 bahan rujukan?

    BalasPadam
  40. Penyinaran ultraungu?

    BalasPadam
  41. assalamualaikum...cikgu. saya nak tanya tentang proses pemendakan dan pengozonan bagi air pun boleh ka...kalau boleh harap cikgu dapat buat lagi blog tentangnya...:)terima kasih.

    BalasPadam
  42. terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu ini kepada semua org.

    BalasPadam
  43. Cikgu apa kelebihan dah kekurangan pengozonan dan penyinaran ultraungu

    BalasPadam