About Me

Kenapa Gagal Dapat Tempat Di Universiti?

Di sini saya kongsikan beberapa persoalan yang selalu terpacul daripada pelajar-pelajar lepasan SPM / STPM yang gagal mendapatkan tempat untuk belajar di universiti melalui UPU baru-baru ini. Diharap jawapan yang diberikan sendiri oleh pihak UPU ini mampu merungkai sedikit permasalahan dan tekanan. Bagi yang kurang berjaya, saya nasihatkan cuba lagi pada masa akan datang. Mungkin rezeki anda ada pada tempat lain. Berusahalah sehingga berjaya!

Kenapa Gagal Dapat Tempat Di Universiti?

1. Kenapa PNGK tinggi ttp gagal mendapat tempat?
Cth: pemohon pngk 4.00 mohon semua kursus perubatan/pergigian/farmasi dan TIDAK SETUJU menerima tawaran selain dari pilihannya gagal mendapat sebarang tawaran.




2. PNGK tinggi berjaya mendapat tawaran dlm pilihan ttp ingin tukar kursus/ipta. Cth: Pemohon pngk 4.00 jaya pilihan ke-5 program perubatan veterinar di UMK atau program sains yg lain ttp ingin menukar ke program perubatan/pergigian/farmasi iaitu pilihan utama beliau...

JAWAPAN : TEMPAT ADALAH TERHAD terutamanya bg program perubatan/pergigian/farmasi yg sangat kompetitif dan lebih dari 2,500 pemohon yg mendapat PNGK 4.00 bg kategori STPM/Matrikulasi..anda yang markah merit lebih tinggi akan mendapat tawaran dulu. 

 

3. Kenapa saya ditawarkan ke Program yg saya tidak minat?
4. Saya ingin menolak tawaran yg diterima dan ingin mohon semula melalui e-Rayuan..
Cth: Pemohon yang telah jaya program luar dari pilihan permohonan ingin tukar program pengajian/ipta kerana program pengajian tersebut tidak diminati atau jauh.

JAWAPAN: UPU akan proses permohonan berdasarkan pilihan pemohon dulu yg telah disusun mengikut markah merit (90% akademik + 10% Koko). Jika pemohon tidak berjaya ditawarkan dlm pilihan permohonan, UPU bersama IPTA akan tawarkan calon tersebut dengan program pengajian yg masih kosong berdasarkan BIDANG DIMINATI yg diisi dlm borang permohonan dulu dan JIKA anda telah tandakan SETUJU TERIMA tawaran luar pilihan dlm borang permohonan. Tawaran adalah muktamad. Hanya calon GAGAL mendapat sebarang SAHAJA tawaran IPTA sahaja yang boleh membuat rayuan melalui aplikasi e-rayuan. 

 

5. e-RAYUAN - 11 HINGGA 21 JULAI 2013

Tawaran rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat selepas pendaftaran pelajar baru pada awal bulan September 2013 nanti. Anda boleh membuat 2 pilihan permohonan e-rayuan yg baru atau yg sama spt dlm permohonan dulu. Keputusan e-rayuan akan diumumkan pd minggu ke-2 bln September 2013.

Bagi pemohon kategori Diploma/Setaraf, pastikan anda menghantar semula dokumen2 spt yg diminta di dlm borang permohonan ke IPTA pilihan sebelum 1 Ogos 2013.

Lupa password / Masalah Sistem - mohon hubungi upu di talian 03-8870 6777 / 6767 utk bantuan lanjut. Kami memerlukan beberapa mklmt tambahan utk menyemak mslh anda.. (**WAKTU PEJABAT SAHAJA)



Sumber 

 

Catat Ulasan

38 Ulasan

  1. wah, siap diterangkan lagi tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin UPU pun dah bosan nak melayan banyak sangat pertanyaan yang lebih kurang sama kot.. so baik dia post jer jawapan skema kat facebook.. ;)

      Padam
    2. edmth saya ggal..tpi yg lain kredit boleh ke msuk ipt

      Padam
  2. wah,, blog ni dah dapat balik,, alhamdulillah,, :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. dah dapat balik dah muja.. Alhamdulillah.. ;)

      Padam
  3. Assalamualaikum. saya pelajar lepasan SPM. kalau saya mohon banyak universiti atau kolej swasta, saya punya permohonan upu akan ditolak? Sebab saya kena confirm my status adakah saya nak terima tawaran ipts atau pun tak sedangkan upu punya result keluar lambat lagi. kalau saya tak terima tawaran ipts takut nanti upu pun tak dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam.. tak mengganggu kputusan upu.. oleh tunggu dulu untuk upu.. kalau tak dapat, cuba intake kedua pada bulan disember

      Padam
  4. apakah nasihat terbaik untuk saya sekiranya ingin membuat rayuan upu kedua untuk permohonan ijazah? keputusan saya 2.9 sahaja.
    patutkah saya menunggu panggilan kedua atau mencari alternatif lain dengan mengisi ipts? harap dapat membantu saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba memohon IPT yang menawarkan pengambilan pada bulan Disember seperti Politeknik dan juga UiTM..

      Padam
  5. Cikgu,saya adalah lepsan matrikulasi. Upu baru2 nie saya mndpt tmpt du umk. Tp sya xpegi ats sbb tertentu. Saya ingt lps nie nk aply 2nd intake uitm n upsi.adkh saya msih lg ad pluang ke u.sbb ad yg ckp bila tolak twrn upu,tdk akn dpt tmpt ke u lain. Mohon penjelasan. Syukran!

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikgu cadangkan mohon saja. kalau ada rezeki, inshaAllah tak ke mana.
      Semoga berjaya yer!

      Padam
  6. Salam cikgu. Saya lepasan matrikulasi. Dapat pointer 3.09 . Masalahnya rayuan pun saya tak dpt tmpt ke IPTA. Apakah yg harus saya lakukan? Saya mohon UUM dan UITM. Adakah saya patut pergi ke kedua2 IPTA berkenaan? Untuk rayuan sekali lagi

    BalasPadam
  7. anak saya memperolehi 5A dan 4C+ dalam spm...tapi tak berjaya diterima upu 2015/2016
    saya ingin memohon e-rayuan..tapi yang hairannya anak kawan saya hanya 2A dapat pula masuk UPU...mcm mana tu? anak saya memohon hanya diploma pentadbiran awam ...dan nak tanya adakah kalau buat e-rayuan akan diterima nanti???

    BalasPadam
  8. saya mendapat 8a 1b dalam spm 2014.tapi tidak berjaya diterima upu sedangkan kawan saya yang mendapat 6a berjaya diterima upu.kenapa ya? mohon penjelasan.terima kasih

    BalasPadam
  9. salam ,nak tnya kalau rayuan pn tak dapat macam mana plak???/

    BalasPadam
  10. salam ,nak tnya kalau rayuan pn tak dapat macam mana plak???/

    BalasPadam
  11. Salam. Nk tnye. .klau trtekan terima tawaran di ipts sdangkn msih mnggu kputusn ryuan. Adkah mnjejaskn kputusan upu?

    BalasPadam
  12. As'salam.sya xdpt mana2 pggilan drpda UA stlah kputusan upu dan rayuan..saya pelajr stpm mndpt pointer 3.00 muet band 3..baru2 sya ada isi utk second intake dan ambil pendidikan kaunseling serta tesl..dlm spm sya hya dpt d sdgkan syrt adalh c..adakah sya berpeluang utk dpt kos trsebut..krna mnurut rakan sya uia skrg kkrgn pelajr..sya amat2 meminati bidang pendidikan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.. banyak faktor menntukan pengambilan pelajar di sesbuah universiti.. apatah di uni yg bertaraf tinggi mcm UIA.. apa kata saudara/i mohon kursus pendidikan di universiti lain pula.. mana tahu ada rezeki di universiti lain. cg doakan anda berjaya yer. Amin!

      Padam
  13. Assalamulaikum,saya nak tanya kalau keputusan spm math saya dapat D masoh ada peluang lagi ke untuk masuk upu?

    BalasPadam
  14. Salaam cikgu,saya lepasan stpm 2015 Dan pointer saya 2.92 3b 1b-..dan muet band 4..adakah saya mempunyai peluang untuk ditempatkan di universities dalam kos perniagaan dan ekonomi memandangkan saya mmg ada basic pernigaan dan ekonomi..?..adakah pemilihan kos sesuai dgn pointer saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keputusan stpm dan muet saya dan anda sama , semasa pengambilan upu 2015 adakah anda tidak mendapat tempat dan apakah keputusan spm anda di dlm subjek bi dan math?

      Padam
    2. Keputusan stpm dan muet saya dan anda sama , semasa pengambilan upu 2015 adakah anda tidak mendapat tempat dan apakah keputusan spm anda di dlm subjek bi dan math?

      Padam
  15. assalamualaikum cikgu ..saya ingin bertanya.. saya telah memohon upu tetapi permohonan saya tidak berjaya, jd saya ingin buat rayuan di e-rayuan, soalan saya disini adakah rayuan yg kita mohon menjamin yg kita akan dapat masuk ke u? maksud saya..adakah kita akan diterima masuk ke course yg kita pohon ataupun ia bergantung pd kekosongan?

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum cikgu , saya ada soalan nak bertanya disini , baru² ne saya check upu saya tidak berjaya sebab mungkin xda rezeki kan , oleh itu saya mahu bertanya disini boleh ka saya buat rayuan ke politeknik konvensional sbb sebelum ne saya hanya mengisi permohonan di UA/politeknik preimer tetapi x dpt , so adakah saya boleh membuat rayuan ke politeknik konvensional walaupun sebelum ne saya x isi permohonan , boleh cikgu tolong jelaskan terima kasih :')

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum ckgu..sy nk tnya.knpe sy tk brjaya UA/politeknik premier&politeknik konvensional erk.sy rasa result sy ok je tkde masalah..klau sy wat e-rayuan adakah ia akn dpt..mohon ckgu ada jwpan dia..

    BalasPadam
  18. cg saya xtau nk pilih program ape di eRayuan ni ??tolong bagi cadangan cg ..xtau program mane yg senang dapat

    BalasPadam
  19. salam cikgu.

    saya aliran sastera. saya dapat 5a. tapi bi and math saya dapat d. dalam proses rayuan sekarang ni. cikgu rasa patut saya tunggu rayuan atau masuk ipts je? atau mohon utk second intake, boleh dapat ke?

    BalasPadam
  20. Assalam Cikgu.
    Anak dara saya lepasan matrik 2015/2016 menolak tawaran ke UNIMAS (pilihan ketiga) yg dipohonnya melalui UPU, permohonan ke USM pula gagal. Jika dia membuat permohonan baru pada tahun hadapan, keputusan peperiksaan manakah yg perlu dia guna ? SPM atau matrik ? Saya juga perlukan pandangan cikgu. Terima kasih

    BalasPadam
  21. Assalam cikgu, saya pelajar spm 2013 dan ingin memohon untuk kemasukan 2017, tapi tiada kategori untuk saya..apa yang harus saya lakukan cikgu? Terima kasih cikgu.

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum..cikgu..boleh saya tnya saya dpat tawaran ke poli dan saya dh menerima tawaran tersebut..masalah saya saya x pergi pada tarikh tersebut..adakah saya berpeluang untk sambung beljar pada upu panggilan kedua nnti??

    BalasPadam
  23. hi saya nak tanya , ape beza budak sesi 1 dengan budak sesi ke 2 uitm lepasan spm ,,and second intake for diploma means rayuan tuh ke ?

    BalasPadam
  24. Assalam cikgu saya nak tanya...saya dah buat rayuan yg pertama dan saya nak buat rayuan untuk kali ke-2 untuk tukar course boleh ke?

    BalasPadam
  25. Slm sjhtera cikgu, anak saya dpat pointer pngk 3.91. Dia mohon perubatan di UM, UKM USM dan UNISZA. Agak2 ada peluang tak?

    BalasPadam
  26. This might be the real reason why you failed your UPU application
    http://deiconic.blogspot.com/p/matriculation.html

    BalasPadam
  27. Saya pernah dapat sambung degree tapi saya quit.. Selpas beberapa tahun boleh ke saya mohon semula upu?

    BalasPadam
  28. Saya dapat tawarn di umk rayan pertama tp sy tk pergi sbb sy mahu kan kos pengjian islam. Adakah boleh sy buat rayuan kpd pihak uni lain utk sambung di sana

    BalasPadam
  29. Sekiranya sy tolak tawaran upsi yg Saya apply d upu tahun ini,tahun depan jika Saya mahu apply upsi semula nama Saya akan d blacklist@ tidak

    BalasPadam