About Me

70% Guru Bahasa Inggeris di Malaysia Gagal Kuasai Bahasa Tersebut Dengan Baik?

Tentu bengang dan marah rakan guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris dengan berita bahawa 70%  Guru Bahasa Inggeris di Malaysia tidak dapat menguasai bahasa tersebut dengan fasih. Bererti, daripada 3 orang guru Bahasa Inggeris, lebih kurang hanya seorang sahaja yang mampu menguasai bahasa tersebut dengan betul-betul bagus dan menepati kehendak. Ini sudah tentu merupakan satu tamparan hebat buat rakan guru yang mengajar subjek tersebut. 

Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, kritikan dan tuduhan seperti itu perlu kita atasi dengan kita sendiri melakukan sesuatu dengan lebih baik, bukan dengan asyik mengatakan bahawa kita sudah melakukan yang terbaik. Jadikan ini sebagai motivasi dan pendorong bagi membuktikan bahawa tuduhan tersebut adalah salah dan tidak benar sama sekali. 

Semua Guru Bahasa Inggeris pula tak perlu sangat nak marah dengan kenyataan tersebut, kerana  dia kata 70% sahaja yang lemah, ada lagi 30% yang fasih dengan bahasa tersebut. Mungkin anda lah yang 30% tersebut. So rileks yer.. ;)

Bila diperhatikan juga kepada latar belakang Pn Mary Yap Kain Ching ini, beliau merupakan seorang bekas Pengetua Super JUSA C, yang juga seorang guru Bahasa Inggeris. Sudah tentu beliau jauh lebih memahami erti susah payah dan senang kerjaya seorang guru, jika nak dibandingkan dengan ahli politik yang lain! Jom belajar terima teguran membina dan mari kita sama-sama lakukan perubahan.

Di bawah ini adalah petikan berita tersebut;

Guru Bahasa Inggeris lemah? Mary Yap Kain Ching


Kuala Lumpur: Tujuh puluh peratus guru Bahasa Inggeris gagal menguasai bahasa itu dengan fasih berdasarkan ujian Cambridge Placement Test (CPT), tahun lalu.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching, berkata guru terbabit perlu meningkatkan penguasaan kerana tahap kefasihan yang rendah menyukarkan mereka mendidik pelajar untuk cemerlang dalam subjek berkenaan. 


Hanya 30 peratus guru Bahasa Inggeris yang menyertai CPT mencapai tahap fasih, katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Kepemimpinan Untuk Pelajar Pintar anjuran Yayasan Pintar, di sini semalam.

Kain Ching bagaimanapun tidak menyatakan jumlah sebenar guru subjek itu yang mengikuti CPT, peperiksaan yang turut tersenarai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Tahun ini, seramai 70,0000 guru opsyen Bahasa Inggeris diuji tahap kefasihan mereka.

Tingkat tahap kefasihan

Beliau berkata, kementerian sudah meminta semua guru yang gagal menguasai bahasa itu supaya berusaha meningkatkan tahap kefasihan mereka.

Katanya, ia penting untuk meningkatkan pencapaian pelajar mereka termasuk persediaan ke arah merealisasikan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2016. 


Mengenai kaedah berkesan untuk meningkatkan penguasaan guru menggunakan bahasa itu, beliau berkata, ia termasuk melaksanakan amalan baik yang pernah dijalankan sebelum ini seperti hari berbahasa Inggeris dan minggu bahasa Inggeris.

Selain itu, sebelum perhimpunan harian bermula, guru terbabit boleh menyampaikan syarahan atau membuat persembahan drama menggunakan bahasa itu. Mereka juga boleh menubuhkan Kelab Bahasa Inggeris yang menggunakan sepenuhnya bahasa berkenaan sebagai perantara dalam semua kegiatan, katanya.

Mengenai desakan berterusan pihak tertentu supaya sekolah vernakular dimansuhkan, Kain Ching berkata, sekolah jenis itu juga sebahagian sistem pendidikan negara dan termasuk dalam pelaksanaan PPPM 2013-2025.

Kemuka cadangan

Katanya, setiap kumpulan atau individu berhak mengemukakan cadangan, namun ia perlu disusuli analisis sama ada sesuai dengan dasar ditetapkan kerajaan atau sebaliknya.

Seperti saya tegaskan sebelum ini, pendidikan tidak seharusnya dipolitikkan kerana ia menyukarkan kita melahirkan modal insan cemerlang menerusi sistem pendidikan berkualiti, katanya. 


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. setuju.. pandang positif teguran tersebut. saya sendiri percaya Pn Mary Yap Kain Ching bercakap ada asasnya.. sblm menjadi menteri, beliau juga seorang guru dan secara x langsung beliau mengetahui lebih dalam perkembangan pendidikan negara. Beliau juga sempat menjadi pengetua di tempat saya, Sm Teknik Tawau dan berjaya membawa sekolah tersebut menjadi sekolah terbaik di Tawau satu ketika dahulu.

    BalasPadam
  2. Tertarik dengan blog ini atas dasar sama nama... HAILMI...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya kah?.. terkejut jugak saya dengar.. jarang dengar orang nama HAILMI dengan ejaan sebegini.. selalunya tengok ejaan HELMI, HILMI.. ;) salam ukhwah!

      Padam
  3. This statistic is taken from true evaluations of all teachers teaching English so I have no doubt about its validity. However, we must take into consideration that more than 50% of teachers teaching English are not English optionists.

    If English optionists have problems with proficiency, why were they hired in the first place? We have so many interviews. Surely, they would be detected & allowed to exit.

    BalasPadam
  4. Tertarik dengan saranan beliau -- sampaikan syarahan atau drama sebelum perhimpunan? Apa guru sekarang sudah belum cukup terbeban dengan kerja?

    BalasPadam
  5. Ujian CPT tidak menggambarkan kompetensi sebenar. Bahasa ni luas bidangnya terutama sekali Bahasa Inggeris. APTIS hanya menguji asas listening, speaking, writing and reading. Contohnya kemahiran berbahasa Inggeris seorang journalis majalah bahasa Inggeris dan seorang lawyer dengan seorang guru Bahasa Inggeris. APTIS hanya ujian yang menguji keperluan untuk menjadi Guru Bahasa Inggeris bukan gambaran proficiency sebenar. Seorang guru Bahasa Inggeris tidak mahir dengan terminology IT dan ayat undang-undang misalnya. Saya mendapat A dalam subjek English for Social Science di peringkat ijazah tetapi cuma mendapat band B dalam Ujian Aptis. Jadi adakah kita nak kata seorang lawyer dan journalist tidak kompetent Bahasa Inggerisnya?

    BalasPadam