About Me

Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 1 : Mengisi Borang Permohonan)

Saya kongsikan 11 tips panduan memohon Guru Cemerlang dengan rakan-rakan guru. Saya namakan ini sebagai Fasa 1 iaitu Fasa Semasa Mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang. Jom kita tengok apa perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memohon Guru Cemerlang.

Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 1 : Mengisi Borang Permohonan)

1. Fahami jawatan Guru Cemerlang
Dalam kebanyakan kes, ramai rakan guru yang tersalah anggap mengenai jawatan Guru Cemerlang. Ramai yang menganggap Guru Cemerlang adalah guru yang SANGAT CEMERLANG; hebat akademik, hebat kokurikulum, pegang jawatan penting dalam HEM, dan serba serbi HEBAT!. 

Sebenarnya, jawatan Guru Cemerlang adalah merujuk kepada guru-guru yang cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan dengan tujuan untuk dijadikan role model, sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing.

Jadi, jika anda seorang guru yang memang CEMERLANG dalam subjek kepakaran anda, silalah mohon walaupun anda kurang sumbangan dalam bidang HEM dan Kokurikulum. Kerana yang akan diberi lebih penilaian adalah sumbangan anda pada subjek kepakaran anda! 

p/s: Teringat dengan kata-kata seorang penceramah Nazir, "Jika anda ahli sukan wakil Malaysia sekalipun, penilaian utama hanya akan dinilai pada sumbangan anda dalam bidang subjek yang dipohon!"


2. Pilih Subjek Kepakaran dengan tepat
Pemilihan subjek kepakaran juga merupakan sesuatu yang penting semasa membuat permohonan Guru Cemerlang. Ini kerana faktor seperti jumlah waktu mengajar dan juga tahun pengalaman mengajar subjek kepakaran memberikan markah yang berbeza-beza kepada guru yang memohon semasa penilaian. Rakan guru boleh rujuk jadual di bawah bagi pemilihan subjek kepakaran yang lebih tepat dan sesuai untuk anda.


Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 1 : Mengisi Borang Permohonan)

Jika rakan guru masih ragu-ragu dan tidak pasti subjek mana yang menjadi pilihan, semaklah semula senarai tugas anda pada tahun-tahun lepas. Pilih subjek yang mana anda lebih banyak sumbangan/tugas/peranan

Pastikan juga subjek yang dipilih itu merupakan subjek yang telah anda ajar sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut, terutamanya jika anda berpindah-pindah sekolah. Tidak menjadi masalah juga jika anda memilih subjek bukan major anda, selagi subjek yang dipohon telah diajar sekurang-kurangnya 3 tahun dan ke atas.

Kesilapan memilih subjek kepakaran, kadang-kadang mampu memberikan keputusan yang mengecewakan.

 
3. Isi Borang Permohonan dengan betul dan lengkap
Seterusnya, isilah borang permohonan anda dengan teliti, lengkap dan tepat. Kesilapan dan sikap ambil mudah semasa mengisi borang permohonan akan menyebabkan permohonan anda ditolak/kurang menyerlah.

Pastikan juga perkara-perkara yang dikehendaki berada dalam keadaan yang sedia dikemaskini. Sebagai contohnya:
a) Maklumat diri dan perkhidmatan (Tarikh lantik, sah dll)
b) Kenyataan Perkhidmatan (boleh rujuk dengan kerani sekolah)
c) Perisytiharan Harta (sahlaku dalam 5 tahun tanpa sebarang perubahan harta)
d) LNPT (3 tahun berturut-turut)
e) esei (cuba buat sendiri dan nyatakan hasrat anda dari hati dan naluri anda)
f) Senarai Tugas (senaraikan SEMUA bidang tugas/peranan/sumbangan anda dalam Akademik, HEM  dan Kokurikulum dengan lengkap)

Jika tidak pasti, bidang tugas tersebut perlu dimasukkan atau tidak dalam borang permohonan, masukkan saja kesemuanya. Penilai akan menilai borang anda dan memilih perkara yang akan diberi markah.. Tak salah mencuba..


4. Fokus kepada subjek yang dipohon
Perhatian dan tumpuan utama haruslah diberi kepada subjek kepakaran yang dipohon. Nyatakan dengan selengkapnya tugas/peranan/sumbangan yang pernah anda buat untuk subjek atau pun bidang kepakaran anda itu. 

Jika pernah anda adakan kelas tambahan / ceramah di luar sekolah, nyatakan dalam borang dan juga lampirkan bukti (dokumentasi/sijil/gambar) bagi mengukuhkan permohonan anda. Antara contoh bidang tugas/ sumbangan yang boleh anda masukkan:
a) Ketua Panitia
b) guru kelas tambahan
c) guru kelab / persatuan (subjek/bidang kepakaran)
d) penceramah 
e) pemeriksa kertas soalan
f) penyelaras kem (subjek/bidang kepakaran)


Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 1 : Mengisi Borang Permohonan)


Apa-apa yang dinyatakan perlulah lebih fokus kepada subjek kepakaran anda. Tak guna jika anda nyatakan berjela-jela bidang tugas anda di sekolah, namun jika diteliti sangat sedikit sahaja sumbangan dalam subjek kepakaran! Sekali lagi saya ingatkan, penekanan haruslah diberikan kepada sumbangan anda dalam subjek kepakaran, bukan lah bidang lain!


5. Bahagikan tugas mengikut bidang
Bagi memudahkan urusan anda untuk menguruskan data dan bahan yang bertimbun-timbun untuk 3+1 tahun, maka lebih baik jika anda bahagikan tugas tersebut kepada bidang masing-masing. Bahagikan tugas mengikut bidang Akademik, HEM dan Kokurikulum.

Sebagai contoh:
2010 - Akademik - Penyelaras Kem Sains PMR
2010 - Akademik - Penyelaras Sains Tingkatan 3
2010 - HEM - Penyelaras Disiplin  Tingkatan 1
2010 - KoK - Jurulatih Sofbol Daerah Sibu
2011 - Akademik - Ketua Panitia Sains
2011 - Akademik - Penceramah Bengkel Sains
2011 - HEM - Penyelaras Disiplin  Tingkatan 1
2011 - KoK - Jurulatih Sofbol Daerah Sibu
2012 - Akademik - Ketua Panitia Sains
2012 - Akademik - Penyelaras Sains Tingkatan 1
2012 - HEM - Penyelaras Disiplin  Tingkatan 1
2012 - KoK - Jurulatih Sofbol Negeri Sarawak

Penilaian pada tapisan pertama akan dibuat dengan menilai Borang Permohonan anda. Jika anda memudahkan para penilai untuk menilai borang anda, tak mustahil peluang untuk anda melalui tapisan kedua adalah lebih cerah!


6. Kumpulkan bahan
Semasa mengisi Borang Permohonan, sebaiknya anda mulakan dengan mengumpul semua bahan-bahan anda terlebih dahulu. Kumpulkan semua senarai tugas anda, inovasi, ABM, kajian tindakan, penulisan dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan agar memudahkan anda untuk menyiapkan borang permohonan dengan lengkap.

Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 1 : Mengisi Borang Permohonan)

Jika anda tak ingat senarai tugas bagi 3 tahun kebelakang, boleh lah rujuk semula dengan Ketua Jabatan anda agar meminjam semula Borang LNPT yang diisi pada setiap tahun. Ada baiknya, jika anda sendiri yang menyimpan segala maklumat tersebut dalam bentuk softcopy sebagai rujukan di masa depan.

Juga dapatkan semula Buku Rekod Mengajar anda pada tahun-tahun sebelumnya bagi mendapatkan semua Jadual Waktu. 

Selain daripada memudahkan anda untuk mengisi Borang permohonan, sekurang-kurangnya anda kini sudah melakukan sedikit persiapan awal dalam mengumpulkan bahan untuk dikemaskini dan bersedia untuk dicerap oleh Nazir.


7. Fokus kepada Kajian Tindakan dan Inovasi
Dua perkara yang perlu diberi perhatian pada era sekarang jika anda memohon Guru Cemerlang adalah Kajian Tindakan dan juga Inovasi.

Seperti cakap seorang rakan saya, jika pada masa sekarang anda tidak mempunyai sebarang Kajian Tindakan dan Inovasi, bermakna anda adalah guru yang tidak mengikuti perkembangan semasa tentang apa yang berlaku dalam pendidikan di Malaysia!

Kajian Tindakan adalah satu kajian mengenai sesuatu permasalahan p&p yang dijalankan oleh seseorang guru dengan tujuan mengenalpasti kaedah atau teknik yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh, dalam pengajaran kita dengan menggunakan kaedah A, pelajar tidak memahami apa yang kita ajar. Lantas kita mencuba Kaedah B dan C, dan melihat hasilnya. Hasil dapatan kita dikongsi dengan rakan-rakan guru yang lain.

Tengok satu contoh mudah Kajian Tindakan di sini

Inovasi pula merupakan perkara baru yang kita hasilkan yang akan memudahkan pengajaran dan pengurusan kita. Penghasilan boleh datang dalam bentuk alat bantu mengajar, teknik atau kaedah mengajar dan borang pengurusan. Contoh lain inovasi yang dapat dilakukan adalah blog, video, dan animasi.



 
8. Tonjolkan kelebihan diri
Semasa mengisi Borang Permohonan juga, pastikan anda menyatakan kesemua bidang tugas dan sumbangan anda dalam semua perkara, terutamanya subjek kepakaran anda. Seperti yang saya katakan di atas, jika anda tidak pasti, masukkan saja kesemua sumbangan anda mengikut bidang masing-masing. Penilai akan memilih yang terbaik daripada anda. 

Jika anda melakukan sumbangan luar seperti bergiat aktif dengan aktiviti sukarela dengan pihak JPAM, anda juga boleh masukkan dalam borang permohonan anda pada bahagian yang betul. 

Menonjolkan kelebihan yang ada pada diri bukanlah bererti kita meninggikan diri, sebaliknya memastikan bakat dan kelebihan kita itu disedari supaya dapat digunakan lagi dengan cara yang lebih baik dan bermanfaat.


9. Tanya guru yang berpengalaman
Jangan lupa juga untuk bertanya dengan guru-guru berpengalaman yang telah memohon Guru Cemerlang pada tahun-tahun sebelumnya. Sama ada mereka berjaya atau pun tidak dalam permohonan mereka, saya pasti akan ada sedikit tips dan nasihat yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. 

Nasihat dan juga tips daripada mereka mungkin boleh membantu anda untuk mengisi borang permohonan dengan lebih baik. Saya juga yakin mereka tidak akan lokek untuk berkongsi rahsia kejayaan mereka dengan anda!


10. Sedia untuk berdepan dengan haters
Yang ini tak dapat nak di ketepikan daripada masuk dalam panduan dan tips saya nih. Ini kerana sebaik mana kita pun, pasti akan ada orang sekeliling yang kurang senang dengan setiap perbuatan kita. Tambah lagi kalau jahat kan?.. He3.. Jadi, sentiasa lah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan dijalankan oleh para haters. Ianya boleh datang dalam bentuk fitnah, cakap-cakap di belakang, perli memerli, bergurau terlebih sudah, dan segala bentuk kejahatan lagi lah.

Pasti akan terganggu kan? Rasa kurang motivasi?

Nasihat saya, TAK PAYAH PEDULIKAN MEREKA! Hu3.. Anggap lah mereka sebagai nyamuk yang datang terbang kat tepi telinga. Dah habis berbunyi, pergilah dia. Yang penting kita sabar, tekun dan istiqamah dengan apa yang kita buat. Hanya kita dan Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hati dan yang kita niatkan. Selagi niat kita baik, inshaAllah, akan sentiasa ada pertolongan dari Yang Maha Kuasa. 

Masa yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyiapkan lebih banyak tugasan dan cabaran yang menanti kita. Bukan untuk melayan kerenah para haters!

Ader ku kesah? ;)


11. Motivasi Diri Yang Betul
Harus diingat, sentiasa tanamkan dalam diri semasa memohon jawatan Guru Cemerlang ini bukan lah kerana niat untuk meninggi diri dan mengejar duit dan pangkat. Sebaliknya tanamkan diri kita dengan motivasi untuk memperbaiki diri agar menjadi pendidik yang lebih berjaya, menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman, serta niat mendapatkan lebih banyak peluang bagi mencurahkan lebih banyak ilmu dengan orang ramai. 

InshaAllah dengan niat dan iltizam yang betul, semoga kita beroleh kejayaan! Sekurang-kurangnya tidak lah kita kecewa menonggeng sangat kalau-kalau permohonan kita tidak berjaya nanti..



Akhir kalam daripada saya, berusahalah yang sebaik mungkin. InshaAllah dengan kesungguhan, semua orang pasti beroleh kejayaan. Saya yakin ramai lagi guru-guru HEBAT di luar sana. Cubalah peluang ini bagi membuka peluang lebih besar kepada kita untuk mencurahkan ilmu, inshaAllah! Semoga berjaya!!


p/s: Saya akan teruskan entri saya nanti dengan Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 2 : Membuat Pendokumentasian / Filing).. Tunggu yer.. ;)

Catat Ulasan

141 Ulasan

  1. TQ for very meaningful tips :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penerangan yg sangat baik,boleh tolong kepada saya umizariff@gmail.com

      Padam
  2. you are welcome! ;) All da best cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikm cikgu..
      klu cikgu x bz, minta tlg emel sya. syukran,
      kamahung04@yahoo.com

      Padam
  3. Tips yang sangat berharga, panduan ptg ini akan digunakan sebaik mungkin. DOAKAN untuk sama-sama kita berjaya dalam dunia GC. TQSM.
    -GC B&K

    BalasPadam
  4. InshaAllah.. Percayalah setiap yang kita usahakan dengan bersungguh-sungguh dan dengan niat yang betul, pasti Tuhan akan tolong.. ;)

    BalasPadam
  5. terima kasih byk. info yg sangat membantu. selagi ada kemahuan..pasti ada kejayaan. moga Allh memberkati segala usaha tuan juga.

    BalasPadam
  6. terima kasih... tugas saya membantu guru dalam urusan pentadbiran di sekolah. cc yatie

    BalasPadam

  7. salam..tip yg banyak membantu...tp dah berpindah sekolah blh mohon lg kah..thn lps dah isi tp tak ada peruntukan untuk dg48..tak minat sangat dgn pentadbiran...subjek biology...dah 20 tahun..

    BalasPadam
  8. Tips anda menaikkan semangat guru-guru untuk memohon guru cemerlang

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..
    terima kasih banyak-banyak. Tips yang Cikgu kongsikan memberi motovasi serta keyakinan diri utk saya memohon GC tahun ini.
    Semoga Cikgu dirahmati Allah.

    BalasPadam
  10. terima kasih jugak buat guru2 semua yang jadikan entri saya ini sebagai rujukan.. sekadar berkongsi ilmu dengan rakan guru sekelian..;)

    BalasPadam
  11. Kelakarlah part haters tu...mmg betul, bila dah jd GC, semua kerja diaorang kata bagilah GC. Kan Gc tu Cemerlang ler sangat.......padahal diaorang tuyang memang tak cemerlang tahu nak dengki kat orang jer. Bukan nak majukan diri, buang masa dok nak kenakan org. Jahatkan haters nih.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. hak3.. memang nak masukkan bab Haters tuh, sebab memang akan ada.. ;)

      Padam
    2. saya pernah kena...bila nazir datang sesekali ke sekolah...dia orang dengan serta merta menuding jadi kepada saya..alasannya saya GC....maka dengan spontannya saya menjawab... GB,rasanya saya tak payah diobserve lagi kut sebab saya dah cemerlang....berilah peluang untuk orang lain kerana guru-guru ini boleh belajar daripada teguran yang nazir berikan....dengarnya macam sombong la pulak tetapi jauh di sudut hati saya....saya sangat KECEWA kerana haters ini senang-senang nak melepaskan diri mereka...

      Padam
  12. terima kasih atas tips yg sgt bermakna :-)

    BalasPadam
  13. TQ jugak sebab membaca tips saya.. ;)

    BalasPadam
  14. useful and thoughtful sharing...Tq cikgu hailmi..Fasa 2 bila nak share?

    BalasPadam
  15. TQ jugak Cikgu Jyess sebab jadikan artikel saya nih sebagai rujukan..

    Mungkin dalam seminggu dua ini saya akan sediakan bahan untuk dikongsi bagi fasa ke2.. so tungguuuuu .. ;)

    BalasPadam
  16. Terima kasih..maklumat yang sangat berguna

    BalasPadam
  17. semoga jadi perkongsian yang bermanfaat untuk semua.. ;)

    BalasPadam
  18. Panduan dan tips yang sangat baik.
    Terima kasih untuk perkongsian ini.

    GC Biologi
    Maahad Al-Ummah, Chemor, Perak

    #terpanggil untuk memantapkan struktur fail

    syukran jazzilan : ))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih dan Salam Perkenalan juga..
      Semoga ada juga perkongsian daripada Guru Cemerlang Biologi dari sana.. ;)

      Padam
  19. Sangat membantu!!! Terima Kasih Banyak-banyak!!!

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah.. semoga menjadi manfaat untuk semua.. ;)

    BalasPadam
  21. tq dgn tips yg cg beri,byk manfaat yg saya dpat

    BalasPadam
  22. terbaik cikgu......hebat...apa pun usaha lagi

    BalasPadam
  23. semoga memberi manfaat..
    jom kita usaha sama-sama..

    BalasPadam
  24. Semoga segala usaha diberkati Allah

    BalasPadam
  25. Err.... boleh tau bila keluar borang GC 2014?.....TQ atas info.....

    BalasPadam
  26. Buat sementara waktu belum ada info
    Kalau ada nanti saya akan kongsikan di sini.. ;)

    BalasPadam
  27. betul ke tahun 2014 dah x ada GC.byk saya dpt maklumat ttg GC ni....GC di sek saya x pernah nak kongsi klau tanya mesti cakap susah nak pohon....thanks atas maklumat yg berguna ini....

    BalasPadam
  28. belum dipastikan lagi cikgu.. tetapi ura-uranya begitu lah..
    khabar angin ini muncul sebab kewujudan jawatan SISC+,
    jadi kuota kenaikan pangkat telah dikhususkan kepada jawatan tersebut
    dengar-dengarnya lah..
    bersedialah cikgu..
    kalau ada dibuka permohonan GC 2014, inshaAllah saya akan maklumkan di sini
    semoga berjaya!

    BalasPadam
  29. Menarik tips yg cikgu berikan ni...saya dah lama berminat nak mohon GC tetapi disebabkan kekangan masa dan tugas yg bertimbun2, maka hasrat tu dah berlalu mcm tu saja. Thn ni semangat nak mohon tu datang semula...tp sygnya sbb tahun ni saya mohon dg44 ikut time base..so nak kena tnggu dpt pengesahan dg44 dulu la kot baru boleh mohon GC48. Kalau ikut apa yg saya faham mcm tu la...mcm mana pendapat cikgu, bilakah masa sesuai utk saya mohon ??

    BalasPadam
  30. Pendapat saya, lebih baik cikgu tunggu dahulu time-based 44, kemudian selepas disahkan dalam 44, boleh cuba terus memohon 48. Jika mengikut seperti yang orang selalu cakap, perlu tunggu 3/5 tahun. Tapi bila diperhatikan pada borang, tidak pula dinyatakan beberapa tahun tempoh berkhidmat sebagai 44. Syarat hanya disahkan dalam jawatan untuk 44. InshaAllah jika ada iklan bagi tahun 2014, akan saya kongsikan lagi di sini. Semoga berjaya ya..

    BalasPadam
  31. Assalamualikum Cikgu. Saya cari entri berkaitan guru cemerlang, terus jumpa blog cikgu. Memang menarik dan jelas kupasan cikgu. Seorang pegawai SISC + ada mencalonkan saya untuk memohon GC atas sebab tertentu. Lamakah tempoh permhonan di berjalan cikgu? Sukar tak kami di pedalaman memohon GC? Sekadar minta pendapat. :)

    BalasPadam
  32. Waalaikumsalam Cikgu.. Daripada pengalaman saya, ada masa lebih kurang 3-4 bulan untuk melakukan persiapan selepas borang diisi dan masa menunggu nazir datang mencerap..
    INshaAllah kalau ada iklan untuk tahun ini, saya akan war-warkan dalam blog ini..

    BalasPadam
  33. Bagi soalan untuk guru di pedalaman, saya rasa itu tak jadi masalah utama.. Yang penting persiapan cikgu.. ;)

    BalasPadam
  34. Tahun 2014 masih ada permohonan GC lagikah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada cikgu.. iklan pun baru ja keluar pada 22 Mac 2014 arituh..
      boleh cuba search kat blog saya ini untuk iklan dan sedikit tips dari saya

      Padam
  35. Salam cikgu, saya ada check iklan GC kat web KPM...mcm berminat nak mencuba nasib mohon GC dg48 tapi ada beberapa kemusykilan...saya dah 17 thn ajar subjek math SK tapi 2010-2011 saya dipinjam utk bertugas di PPD..agaknya layakkah saya mohon tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam cikgu.. dalam kes cikgu ini, saya nasihatkan cikgu cuba sahaja. InshaAllah mana tau ada rezeki cikgu.. kalau tak berjaya pun akan dapat pengalaman yang berharga.

      Padam
  36. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  37. Salam cikgu, saya ada buat kajian tindakan tapi tiada lagi penulisan ilmiah. Adakah itu mengganggu permohonan ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.. tak pasti pula saya.. tapi ada banyak markah yang cikgu boleh ambil dari bahagian lain.. cuba dapatkan sebanyak mungkin dari bahagian lain tu.. ;)
      sekadar cadangan..

      Padam
    2. Owh terima kasih cikgu. Dua lagi soalan saya.
      Dalam borang tu ada item minta tajuk kajian ilmiah. Itu sama dengan kajian tindakan kah?
      Kalau sama perlukah saya lampirkan salinan kajian tindakan tu?

      Padam
    3. yer sama.. tak perlu lampirkan salinan dalam borang permohonan jika tidak diminta.. selalunya, nazir akan mintak tengok kajian tindakan tersebut apabila datang memantau di sekolah, selepas borang permohonan tersebut dinilai..

      Padam
  38. keputusan gc 2013 dah kluar ke?

    BalasPadam
  39. untuk GC 2013, rasanya blom dengar apa cerita lagi.. saya kurang dapat maklumat pasal ini sebab tak ada rakan yang memohon pada tahun ini..kalau ada, nanti saya maklumkan..

    BalasPadam
  40. Berapa lama ya cikgu keputusan akan keluar setelah kita dicerap dsb? Soalan ni tak lah penting. Sekadar nak tahu... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ini saya tak pasti .. bergantung kepada banyak pihak.. nazir dan juga unit naik pangkat.. tapi daripada pengalaman saya dulu,

      Ogos 2012 - Nazir observed
      April 2013 - Surat lantikan sampai.. (surat bertarikh Februari 2013)

      So, hampir 8 bulan jugak keputusan nak tahu.. lebih kurang ler.. ;)

      Padam
    2. Terima kasih cikgu.

      Padam
    3. Salam sejahtera, Cikgu. Bagaimana kalau pindah sekolah dalam setahun aje tetapi ditawarkan untuk GC. Bidang sebelum ini aliran perdana kini aliran so Ppki setahun aje. Layakkah untuk gc Di sekolah baru ini? Tq

      Padam
  41. terima kasih ats tips..saya pohon gc 3 kali..nazir observe kata semua ok..pasti dapat ..sampai masa gagal..patah hati..mujur semangat tidak..mungkin tips yang dikongsi memberi nafas baru...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Cikgu Soon Siew Lee atas semangat dan iltizam yang tinggi. Saya yakin suatu hari nanti pasti cikgu akan bergelar Guru Cemerlang! ;)

      Padam
  42. nak tanya ye cgu..if nak mohon gc kene 5thn prkhdmtn..jika kita nak mohon dlm tahun kelima mksdnya blm genap 5tahun bolehke?..saja nak try..mgkn sbg pengalaman n pendedahan.. minta pendapat cikgu ttg perkara ni..terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak berani nak komen cikgu.. mungkn boleh cuba, tetapi jaminan untuk dipantau dan dinilai tu saya tak berani nak cakap.. sebab syarat awal pun kita dah tak penuhi.. masakan yang lain (sekalipun hebat) akan dinilai juga.

      pendapat saya, lebih baik cikgu tunggu genap 5 tahun perkhidmatan, maka tahun ke-6, buat lah sehabis baik.. tahun ke-5 ini cikgu boleh gunakan untuk menyediakan bahan-bahan dengan lebih baik, ke arah persediaan memohon GC.

      Padam
  43. terima kasih cikgu..saya pun berfikiran begitu..saya ambil masa thn ni utk bersedia sbb mmg kene bnyk dokumentasi yg prlu buat..so thn dpn nak mohon tak kelam kabut..sy pn ada tel bhgn jemaah nazir..mrk kata nak try boleh je..if tak ramai mohon akn diprtmbgkn. tp sy nak buat preparation dulu la..hjg thn ni cukup 5thn..so thn dpn boleh mohon.. and cube wat yg terbaik..tapi tak taulah kan GC ada lgke tak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. all da best lah yer cikgu.. untuk tahun ini, bagi penumpuan pada sumbangan akademik peringkat tinggi (negeri, kebangsaan), inovasi dan juga kajian tindakan dan penulisan ilmiah.. inshaAllah itu boleh membantu memberi lebih banyak markah.. semoga berjaya!

      Padam
  44. aslm..saya berminat nk mohon ,bila dilihat,byknyer benda yg nk disiapkn...failing..adusss...kalau kita dah siap dn hntar semua borang...brp lama pula nazir akn dtg pantau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. cuba saja cikgu.. filing tu tak perlu lah nak cantik2 dan melampau sangat.. cukup sekadar ada dan bermakna.. beri fokus pada filing subjek kepakaran.. yang lain tu dia tak tengok sangat..

      tempoh untuk nazir datang memantau sebenarnya bergantung kepada masa tu.. macam kes saya, isi borang bulan April, Ogos nazir datang pantau..

      Semoga berjaya yer cikgu.. ;)

      Padam
  45. Salam,cikgu. Oh, saya baru tahu rupanya 5 tahun perkhidmatan baru layak mohon GC! Saya teringin nak mohon. Oh ya, kalau subjek utama saya BM, adakah melatih murid bercerita hingga peringkat tinggi dikira sebagai sumbangan? Atau apa contoh lain sumbangan yang dimaksudkan ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam... ya, mesti genap 5 tahun cikgu.. kadang2 ada yang terpaksa tunggu 1 tahun hanya kerana tak cukup 1/2 hari genap 5 tahun. Tengok semula tarikh lantikan cikgu untuk jelas..

      Ya.. itu adalah sumbangan cikgu.. sumbangan lain, seperti melibatkan diri sebagai hakim peringkat negeri untuk aktiviti BM.. beri ceramah.. dan lain2 yang difikirkan berkaitan dengan subjek BM..

      Saya doakan semoga cikgu berjaya! Amin!

      Padam
    2. Oh...terima kasih, cikgu. Amiiiin.

      Padam
  46. Salam cgu..nk tnya.
    Sy br lntik dg44...layak kh sy mohon gc?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. boleh mohon jika sudah disahkan dalam DG44..

      Padam
    2. Mksudnya..dh dpt surat knaikn pngkat kn cgu hailmi?

      Padam
    3. kalau dah dapat surat yang mengesahkan gred cikgu, saya rasa dah boleh memohon.. sebab tak ada syarat tahun untuk memohon kecuali untuk 41 ke 44.. untuk lebih jelas, saya cadangkan cikgu hubungi terus Jemaah Nazir.. semoag berjaya Cikgu Julaiha.. ;)

      Padam
    4. sy baru dpt surat lantikan dg44..berkuatkuasa pada 31.12.2013...tp gaji masih blom dg44....layakkah sy mmohon GC untuk thun 2014?

      Padam
    5. Saya rasa tak ada masalah nak memohon.. selagi ada surat lantikan..
      Gaji tu perkara lain..
      Semoga berjaya yer.. ;)

      Padam
  47. Salam cikgu, kajian ilmiah tu yg camne yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. Kajian Ilmiah tu sama dengan Kajian Tindakan.. boleh rujuk artikel di atas untuk maklumat dan contoh mengenai Kajian Tindakan.. ;)

      Padam
  48. Salam.sy dah berkhidmat 5 tahun setengah.tp baru mengajar subjek biologi 1 thun stengah.layak ke sy mohon Gc bio?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. Tahun perkhidmatan dah layak, tapi kalau tak salah mengikut syarat perlu 3 tahun mengajar subjek yang dipohon.. Mungkin boleh tengok semula syarat permohonan..

      Padam
  49. salam..terimah kasih yang tidak terhingga di atas perkongsian ilmunya.terharu dan sangat bersyukur sebab nampak dengan jelas laluannya..Insyallah saya akan mencuba sehabis baik untuk memohon GC memandangkan akan sambung belajar lagi untuk menjadi pensyarah.

    BalasPadam
  50. tq cikgu..ia banyak memberi pendedahan berguna untuk memohon GC....

    BalasPadam
  51. sy bru dpt surat lntikan DG44..berkuatkuasa 31.12.2013...ttp skrg ini masih blom lg dpt gaji gred 44....layakkah sya mmohon?

    BalasPadam
  52. salam....sya baru dapat surat naik pgkat DG44 bulan lepas...berkuatkuasa 31.12.2013... ttp skrg ini masih blom lg mndpt gaji gred44.. layakkah sy mmohon GC untuk thun 2014?

    BalasPadam
  53. Assalam, saya nak mohon gc 2014 , kajian tindakan saya masih dlm proses siap, adakah kajian tu boleh dgunakan utk pemantauan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. boleh masukkan juga dalam borang.. lagipun ada di minta juga untuk tahun semasa

      Padam
  54. Tq info yang baik. Sedikit sebanyak dapat membina diri. Kerana u kata bukan utk riak tp sebagai motivasi diri untuk menjadi seorang pendidik yang lebih berjaya. I like....

    BalasPadam
  55. slm. saya guru dg41 dari 2000. mula mengajar subjek opsyen dari 2009. so dah lebih dari 5thn. th ni saya baru mohon dg44. soalannya, mana lebih baik saya mohon GC tahun ini atau tunggu aehingga sah dh44 baru mohon GC? Saya pula berminat untuk mohon menjadi tenaga pengajar di IPG@IPT. sekiranya saya berjaya sbg GC, adakah saya terpaksa tetap mngajar d sekolah dan tidak bole mngajar di IPG@IPT?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. Kalau saya, saya cadangkan saja cikgu memohon dulu GC 44.. Lagipun belum pasti bila berpeluang untuk menjadi pensyarah IPG/IPT. Jadi, mana peluang yang ada depan mata, kita cuba usahakan dulu.

      Untuk soalan samaada GC boleh dibawa ke IPG/IPT saya tak pasti. Tapi saya pasti memang ada Pensyarah Cemerlang di IPG. Adakah boleh dibawa gelaran GC dari sekolah ke IPG, itu saya tak dapat nak jawab.

      Hanya ini saja yang saya dapat bantu cikgu. Mudahan berguna

      Padam
  56. tadi nampak iklan di tv utk GC 2014 dah kluar n bole d muat turun d web portak kpm..goog luck semya

    BalasPadam
  57. Salam Cikgu,

    "Senarai Tugas (senaraikan SEMUA bidang tugas/peranan/sumbangan anda dalam Akademik, HEM dan Kokurikulum dengan lengkap)"

    Di dalam borang GC, saya tidak nampak di manakah ruangan untuk meletakkan tugas2an sampingan atau jawatan yang berkaitan dgn HEM / Kok.

    Menurut pengalaman cikgu, adakah saya perlu menulis di lembaran berasingan / lampiran jawatan2 sampingan tersebut? Atau tulis sahaja di ruangan yg ada di dalam borang.

    Ini pengalaman kali pertama untuk memohon. Saya di DG 44, memohon GC DG48

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam

      Sememangnya sumbangan dalam HEM dan KK memberi peratusan yang kecil. Sebab yang banyak dinilai adalah sumbangan pada subjek kepakaran.

      Walaubagaimanapun, saya nasihatkan agar cikgu tulis saja semua yang cikgu rasakan sesuai. Kalau tak pasti juga, tulis ja semua. Nanti penilai akan memilih mana yang berkaitan dengan apa yang dikehendaki mereka.

      Boleh tambah lampiran jika bidang tugas dan sumbangan terlallu banyak..

      Saya doakan semoga cikgu berjaya! ;)

      Padam
  58. Salam cikgu.

    Saya berminat dengan GC. Tetapi masalah saya di sekolah SKM gred B nie banyak pula jawatan yang disandang. Berikut jawatan yang saya pegang...

    Guru Kelas
    Su PIBG
    Penyelaras ICT
    Penyelaras PROTIM
    Ketua Panatia MT,TMK, RBT/K. HIDUP
    Guru LINUS Thn 3
    Guru UPSR MT Thn 6
    Penyelaras KWAMP

    Dan banyak lagi.......


    Bilangan waktu mengajar 29 waktu seminggu.
    Keputusan MT tahun 6 UPSR, lima tahun berturut seratus peratus lulus. tak kurang 20% murid dapat A setiap tahun. Ini sahaja sumbangan saya pada sekolah. Layak ker saya mohon. Hendak harapkan APC, GB pilih bulu yang berlambak tanggung kerja dan kelas tambahan tidak dapat. Apa pendapat cikgu............


    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam cikgu

      Tak menjadi masalah dengan jawatan yang disandang cikgu.. Tapi semasa mengisi borang dan pemantauan, lebih baik cikgu fokuskan kepada subjek yang dipohon.. berikan penekanan lebih kepada sumbangan dan aktiviti yang dijalankan untuk subjek dipohon.. INshaAllah ada rezeki..

      Masa saya memohon GC juga, saya belum menerima APC.. Selamat berjaya cikgu!

      Padam
  59. Terima kasih cikgu hailmi....banyak info ttg permohonan GC di sini....Tahniah...
    Kepada rakan-rakan guru....mohonlah guru cemerlang.Kerja-kerja dokumentasi tu awal-awal je...ia akan memudahkan kita utk permohonan GC utk gred seterusnya.....sy dipantau GC genap 5 thn 1 hari....agak lucu bila sy dimaklumkan oleh Jemaah Nazir...tp sy kata dapat dipantau pun kira ok.....Motivasi sy bermula apabila JPN membuat satu taklimat penggalakan guru cemerlang....pada mulanya mmg tak yakin diri...tp guru cemerlang yg hadir byk berkongsi pengalaman mereka semasa dinilai....sy telah pun mengisi borang GC utk gred seterusnya .....Doakan sy ....rakan-rakan guru juga.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. inshaAllah setiap usaha yang disertakan dengan niat yang ikhlas akan diberi ganjaran .. Semoga berjaya cikgu

      Padam
  60. Kekosongan GC dari DG41 ke DG44 banyakkah? Adakah ada kuota untuk jawatan GC mengikut subjek yang dipohon? Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pernah ada dikeluarkan statistik plak untuk jumlah kekosongan.. jadi saya sendiri tak dapat nak bagi jawapan untuk soalan cikgu nih.

      kuota untuk subjek saya rasa ada .. boleh dapatkan terus daripada Nazir untuk kepastian.. tq

      Padam
  61. terimakasih cgku.........dapat menaikkan semangat saya......

    BalasPadam
  62. salam cgu hailmi....saya guru opsyen muzik....dan baru dapat gred 41...saya berminat untik GC ni...selain itu saya juga mengajar B.I sebagai mata pelajar kedua.disini saya inginkan pandangan cikgu bagaimana persiapan yg perlu saya ada dengan memilih opsyen muzik sebagai penilaian untuk GC ini untuk 3 tahun berturut-turut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.. jika cikgu berniat utk memohon GC bagi guru Muzik, saya rasa cikgu perlu sediakan untuk perkembangan pelajar sepanjang belajar muzik dengan cikgu.. rekod perkembangan.. inovasi cikgu dalam pdp muzik.. dan perkara2 lain yang berfokus kepada muzik.. boleh rujuk entri di atas dan selanjutnya untuk kefahaman. Semoga berjaya yer cikgu!

      Padam
  63. terima kasih atas perkongsian yang cukup padat .... saya akan terus mencabar diri untuk menjadi guru cemerlang matematik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah.. moga jadi perangsang untuk mengejar impian

      Padam
  64. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  65. Salam cgu...masih ada lagi ke permohonan GC untuk tahun 2015?

    BalasPadam
  66. Cgu...saya minta izin untuk mengikuti blog cgu, boleh?

    BalasPadam
  67. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  68. Perkongsian yang baik dan berguna untuk cikgu-cikgu ... terima kasih cikgu Hailmi

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih.. semoga lebih ramai lagi rakan guru yang tampil cemerlang

      Padam
  69. Ni la antara tips yg terbaik sy jumpa d internet ni. Terima kasih cikgu dngan perkongsian ni. Semoga dngan tips ni, ramai guru2 lain akan turut bersemangat utk mnjadi lebih baik dalam bidang yg diajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih cg Akmar Kumar.. ya.. saya juga berharap lebih ramai guru2 Msia yang tampil cemerlang lepas nih

      Padam
  70. Assalamualaikum, terima kasih atas perkongsian cikgu.

    BalasPadam
  71. Assalam Cikgu Hilmi..
    Panduan yang sangat berguna.Tips yg terbaik yg saya jumpa di internet ini.Saya ada persoalan, wife saya berhajat utk memohon GC 44 pd tahun ini(2016)jika ada iklan. Bolehkah mohon GC 44 sbb wife saya baru berpindah ke sklh lain.Tahun ini thn ke-2 di sklh tersebut.Layakkah wife saya mohon GC44 pd tahun ini?

    BalasPadam
  72. Wife saya sudah berkhidmat selama 16thn dengan mngajar subjek yg sama iaitu sains di sklh rendah.

    BalasPadam
  73. tahun ni dah ada iklan guru cemerlang

    BalasPadam
  74. sy nak tanya sy confirm dg 44 bulan 7 ni ..boleh ke sy mohon gc 44 tahun ni..atau sy kena tunggu tahun depan? mohon pencerahan dari cikgu hailmi

    BalasPadam
  75. Assalam cikgu...tahun ni dah kuar iklan GC...rasanya macam berminat tapi bila melihat pada syarat2 dan perkara2 yg perlu disediakan (spt esei, program dan inovasi dsb...) terus luntur semangat... ada tips ke cikgu?

    BalasPadam
  76. Salam cikgu, tq atas perkongsian, sy sedang isi borang gc..perlu ke saya lampirkan salinan modul2, kajian tindakan?harap sgt cikgu respon

    BalasPadam
  77. assallamualaikum cikgu hailmi
    pertama kali saya membaca post cikgu tentang guru cemerlang,saya tertarik. saya sendiri adalah salah seorg pensyarah cemerlang di kolej matrikulasi tetapi tidak pula terlintas dihati untuk menulis sesuatu tentang GC atau PC di blog saya. post cikgu sangat menarik minat saya krn ianya sangat mbantu rakan2 lain yang ingin memohon. jika tidak mjadi kberatan cikgu, bolehkah saya menyalin semula tips yang cikgu berikan ini dan postkan di blog saya? jemput ke blogs saya :
    http://masturasspot.blogspot dan http://tlcbalingsik.blogspot
    terima kasih cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam.. silakan cikgu. Tapi mohon juga sertakan credit ke link asal. Terima kasih kerana mahu berkongsi! Semoga bermanfaat

      Padam
  78. Penulisan cikgu mengenai GC amat menarik hati saya. Saya telah berusia 45 thn pd 2017. Ada tak lagi peluang utk thn 2017 dg48? Bilakah iklan gc keluar?

    BalasPadam
  79. Sy gagal cikgu dalam permohonan Gc 2016, rakan sy pun xdpt jugak, adakah Gc nie mengikut quota kekosongan?

    BalasPadam
  80. Tahniah tuan hailmi di atas kenaikan pangkat gc...anda merupakan sumber inspirasi sy..mmg terbaik..mohon doakan sy mengikut jejak langkah tuan..

    BalasPadam
  81. GC @ Guru Cemerlang...wah, nama saja pun sudah gah. Saya tertarik dengan jawatan ini. Semua kriteria yg tuan nyatakan sbgi panduan memohon jwtn ini sudah terpenuhi, namun TARGET diri sendiri belum lagi tercapai. So, belum lagilah boleh memohon ni. he he he...

    BalasPadam
  82. Salam pengalaman mengajay sy 20 tahun dlm subjek Bahasa Melayu sepanjang 3 thn ni sy merupakan guru pembimbing dan melatih murid sy sehingga berjaya dlm johan pidato daerah / johan kebangsaan esei/ naib johan deklamasi sajak kebangsaan / kedua dan ketiga pidato kebangsaan sumbangan luar pula sebagai hakim zon hakim daerah ketua hakim bercerita dan bersajak/ pemeriksa kertas / penggubal soalan bm daerah dll dlm markah upsr and akhir tahun syg sy ajar lebih 70% mendpt gred A adakah sy layak memohon GC ni ada jg dicadangkan oleh Nazir New Deal yg mengobserve sy ...

    BalasPadam
  83. Saya mengajar matematik selama 11 tahun di sebuah sekolah dan telah disahkan dg44 sek rendah.. Tahun ni saya menjadi gpk kokurikulum di sebuah sekolah lain..adakah saya masib layak memohon gc

    BalasPadam
  84. Pd pendpt sy (Ckgu Shikin dan ckgu Panitia Math , cubalah mohon. Ini peluang kita ndak naik gred cepat.

    BalasPadam
  85. Assalammualaikum..

    Terima kasih di atas perkongsian maklumat Cg tentang GC. Melihat perkongsian cg saya sangat teruja untuk mencuba namun saya ada banyak perkara yang musykil tentang permohonan utk menjadi GC cuma saya segan nak berkongsi disini.Boleh cg add saya di email norhayatirajak@gmail.com . Terima kasih byk.

    BalasPadam
  86. Terima kasih Cikgu atas panduan dan nasihat cikgu yang memang berguna. Saya telah berkhidmat di sekolah sekarang selama 13 tahun dan telah menjalankan pelbagai projek dan bahan dalam bidang saya iaitu Bahasa Inggeris tetapi langsung tidak dihargai. Malahan bayang APC pun tidak ternampak. Saya juga JU Negeri dan Kebangsaan untuk BI serta seorang pemeriksa kertas. Setelah membaca perkongsian cikgu, saya lebih bermotivasi untuk memohon untuk GC BI untuk tahun yang akan datang.

    BalasPadam
  87. Satu soalan cikgu, permohonan GC ini mengikut iklan ke? Bila biasanya iklan tersebut akan keluar?

    BalasPadam
  88. Terima Kasih cikgu..info yang amat berguna bagi saya

    BalasPadam
  89. Tk cgu atas perkongsian yg amat membantu guru- guru yang kurang arif tentang bagaimana prosedur menjadi GC..

    BalasPadam
  90. terimakasih banyak cikgu atas kesudian berkongsi. doakan saya dapat menjadi seperti cikgu juga ya. ameen

    BalasPadam
  91. Terima kasih cikgu memberikan semangat

    BalasPadam
  92. Cg. Hailmi adakah contoh powerpoint guru cemerlang

    BalasPadam
  93. tak mohon guru cemerlang pon ada haters.. inikan pula memohon guru cemerlang..huhu..

    BalasPadam
  94. Ideal and also Most inexpensive Jabodetabek Individual Instructions, your workers along with instructors arrive to your home, placed your individual study program and might select every area of examine ... click https://privat-jabodetabek.netlify.app/ for more information

    BalasPadam
  95. Perhaps you will find a cheaper fee compared to the table above, ensure that again regarding the qualifications from the teacher / Kindergarten teacher recommended to you personally ... click for more detail https://matematika-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-matematika-terdekat-di_0269872193.html

    BalasPadam
  96. Open the entranceway to a whole world of opportunities with this comprehensive language of choice course at Executive-Education.id. Our expertly designed curriculum targets practical skills and cultural understanding, equipping you with the education needed to navigate international business, travel, and social interactions effortlessly. From mastering grammar intricacies to refining pronunciation, our program ensures you'll succeed in your preferred language. Visit https://kursus-spanyol.github.io/kursus-bahasa-spanyol-duren-sawit.html for latest details.

    BalasPadam