.

.

KARTiKEL

Ahad, 7 April 2013

Misteri "Bulatan Pari-Pari" di Afrika Terbongkar

"Bulatan Pari-Pari" atau pun juga dikenali sebagai Fairy Circles yang kebiasaannya ditemui di kawasan berumput bahagian Barat negara-negara selatan Afrika. Paling banyak ditemui di Namibia, namun kini juga melarat sehingga ke Angola dan Afrika Selatan. Tompokan yang berbentuk bulatan ini mula dikesan sejak tahun 1971 dan kajian terus dijalankan bagi membuktikan misteri di sebalik penghasilan tompokan ini.



Masyarakat Himba yang mendiami kawasan berdekatan mempercayai ini adalah disebabkan oleh Dewa-dewi, semangat atau pun roh ghaib. Bulatan Pari-pari ini dipercayai memberikan semangat spiritual dan kuasa magis kepada mereka. Mereka juga mempercayai bahawa nenek moyang mereka, Mukuru yang telah mencipta bulatan magis ini. Ada juga yang mempercayai bahawa bulatan tersebut adalah tapak kaki Tuhan mereka.




Perkara Sebenar?
Satu kajian yang dijalankan baru-baru ini membuktikan bahawa satu spesies anai-anai pasir, iaitu Psammotermes allocerus merupakan punca utama menyebabkan berlakunya Bulatan Pari-Pari ini.

Sebenarnya, ini juga bukan kali pertama teori anai-anai pasir dikemukakan, namun dalam kajian terbaru ini bukti yang dikemukakan mencukupi untuk mengesahkan teori tersebut.

Seorang ahli biologi, Norbert Juergens daripada Universiti Hamburg menjumpai anai-anai pasir setiap kali beliau menjumpai bulatan tersebut. Beliau mula mengkaji kandungan air dalam tanah dan mendapati di bawah bulatan tersebut, mengandungi takungan air yang berukuran 5sm. Kadar kelembapan tanah untuk bawah 40sm juga adalah sekitar 5% dan ke atas.


Anai - anai pasir

Keadaan tanah yang poros dan kandungan air yang mencukupi juga menyebabkan anai-anai tersebut dapat hidup secara aktif di bawah kawasan tanah tersebut. Kajian Juergens mengenai organisma yang hidup di kawasan tersebut juga mendapati hanya anai-anai pasir tersebut sahaja yang wujud secara konsisten pada semua tapak Bulatan Pari-Pari.


2 ulasan:

  1. oh itu macam ka, anai2 rupanya

    BalasPadam
  2. ye en.Kartikel.. anai-anai punya kerja rupanye.. cantik jer dia makan.. ;)

    BalasPadam