About Me

Guru Cemerlang : Peranan dan Tanggungjawab

Guru Cemerlang
“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang



Guru Cemerlang : Peranan dan Tanggungjawab

Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.

Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.

Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.

Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.


 

Objektif Kenaikan Pangkat Guru Cemerlang
* Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
* Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
* Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
* Meningkatkan motivasi guru.
* Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
* Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
* Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
* Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP). 



Peranan dan tanggungjawab Guru Cemerlang
1. Membuat perancangan pengajaran , melaksanakan pengajaran mata pelajaran kepakaran dan pembentukan serta pembanguan diri pelajar mengikut tahap yang tertinggi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
1.1 Menyediakan Rancangan Pengajaran berasaskan peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan ) 1997, kurikulum Kebangsaan dan surat-surat pekeliling berkaitan.
1.2 Mengajar mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan yang ditetapkan mengikut garis panduan dan tahap kebolehan pelajar.
1.3 Merancang dan melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
1.4 Menentukan status semasa pencapaian (Take-Off- Value) setiap pelajar dalam mata pelajaran kepakaran dan menetapkan sasaran pencapaian akademik setiap pelajar yang diajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
1.5 Mengamalkan kaedah/strategi pengajaran dengan mengguna pakai atau menghasilkan pelbagai bahan pembelajaran dan pengajaran yang terkini , kreatif, inovatif, menarik dan berkesan.
1.6 Mengenal pasti secara spesifik kelemahan dan kekuatan setiap pelajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
1.7 Menyediakan program pengayaan untuk pelajar cemerlang dan pemulihn bagi pelajar yang berpotensi rendah.
1.8 Memantau kemajuan pencapaian akademik setiap pelajar yang diajar.
1.9 Menyediakan laporan dan mengnalisis kemajuan setiap pelajar yang diajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
1.10Menyampaikan laporan kemajuan pembelajaran pelajar yang diajar kepada pengetua, ibu bapa dan pelajar.
1.11Menyediakan Jadual Spesikasi (JSU) pentaksiran dan penilaian bagi mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
1.12Menjadi ahli badan profesional yang berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran (jika ada).

2. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.1 menjadi ahli panitia dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.2 Menjadi pakar rujuk mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.3 Membantu mengatasi kelemahan dan membimbing pelajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.4 Menyelaras penyediaan rangcangan strategik, tatikal dan operasi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.5 Merancang dan menjadi fasilitator dalam bengkel peningkatan profesionalnisme guru khasnya dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.6 Menjadi penasihat persatuan akademik mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.7 Merancang dan melaksana aktiviti kokurikulum yang boleh membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar.
2.8 Menyediakan laporan kemajuan setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum, mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.


3. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat , dan membimbing guru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
3.1 Merancang dan melaksanakan aktiviti perkembangan staf bidang kurikulum dan kokurikulum dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
3.2 Menjadi mentor kepada guru dalam bidang pedogogi khususnya berkaitan dengan strategi pengajaran.
3.3 Member maklum balas tentang kemajuan guru yang dibimbingnya kepada pengetua/ pengarah dan guru berkesan.
3.4 Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada guru di institusi persekitaran yang memerlukan kepakarannya.


4. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan, meneroka inovasi dan penemuan baru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan dan membentang hasilnya.
4.1 Menjalankan kajian dan/ atau inovasi dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususannya.
4.2 Menghasilkan penulisan/artikel berkaitan pendidikan khasnya dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan dan menghantara satu salinan kepada bahagian-bahagian yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengarah Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.1 Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan yang diarahkan dari semasa ke semasa dengan kebenaran Pengetua/ Ketua Jabatan


6. Tugas am
6.1 Bertanggungjawab memaklunkan secara rasmi sebarang perubahan dari segi pertukran jawatan, penempatan dan apa juga perubahan daripada status perkhidmatan kepada Bahagian Sumber Manusia, Jemaah Nazir Sekolah Ibu Pejabat dan Negeri. 


Panduan Memohon Guru Cemerlang
Panduan Memohon Guru Cemerlang : Fasa 1 (Mengisi Borang Permohonan)
Panduan Memohon Guru Cemerlang : Fasa 2 (Dokumentasi / Filing)
Panduan Memohon Guru Cemerlang : Fasa 3 (Rancangan Mengajar Terbaik)
Panduan Memohon Guru Cemerlang : Fasa 4 (Persediaan Menghadapi Nazir)

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. mentang2 la dpt tawaran Guru Cemerlang..kehkehkehkeh

    BalasPadam
  2. tuduhan melampau tuh .. ;)
    sekadar mengingatkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah...kongsi idea. moga dinilai sbg ibadah dcc Allah

      Padam
  3. BERAPA MINIT MENGAJAR GURU CEMERLANG??

    BalasPadam
  4. Banyak juga tanggungjawab guru cemerlang ni. Berbaloi ke sebab bila dpt gelaran guru cemerlang mesti pihak atasan mintak byk buat kerja. guru kaunseling boleh dpt taraf guru cemerlang jugak ke sebab guru kaunseling tak mengajar kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guru kaunseling boleh masuk laluan Kecemerlangan nih jugak.. aspek penilaian adalah berbeza.. ada kriteria tersendiri spt dlm bidang kaunseling..

      sama ada berbaloi atau pun tak, bergantung juga kepada guru tu sendiri.. saudara boleh sambung baca artikel saya di bawah

      7 Kelebihan Menjadi Guru Cemerlang

      Padam
  5. kalau pendidikan khas camne...sama ke tak aspek penilaian

    BalasPadam
  6. Terima kasih cikgu kongsi ilmu.. Kalau muka leh adjust bg cantik.. Suara bg sedap ada dak button pa nk guna https://testmyspeed.onl/?

    BalasPadam
  7. Artikel yang bagus! Seronok melihat perbincangan tentang peranan dan tanggungjawab penting seorang guru cemerlang. Ini menyerlahkan impak penting yang dimiliki oleh pendidik dalam membentuk minda muda dan memupuk generasi akan datang. Teruskan kerja hebat dalam menyebarkan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang lain. https://speedtestcopel.com/

    BalasPadam