About Me

Isu Cikgu Doggie, Kami Yang Lain Jangan Dihukum!


Krisis Lahad Datu belum reda dan masih lagi dalam semua berjaga-jaga, timbul plak satu lagi isu panas. Panas bila ada seorang cikgu mengeluarkan kenyataan dalam Facebooknya, menggelarkan polis sebagai "doggie".



Saat pejuang dari semua anggota keselamatan kita berjuang habis-habisan, bermati-matian di Sabah, ada juga segelintir manusia yang mungkin rasa suci, menganggap perjuangan polis itu sebagai sia-sia. Bukan setakat sia-sia, malah tiada ucapan penghargaan dan juga terima kasih langsung buat mereka yang berada di barisan hadapan negara menentang penceroboh.

Oleh sebab yang cakap tuh cikgu, dan saya pun cikgu, maka saya pun merasa pelik. Rasukan dan hasutan apakah yang menyebabkan cikgu tuh boleh bertindak sampai sedemikian rupa? Tidak kah dia terpikir, di saat dia menekan butang ENTER kat Facebook dia, satu dunia boleh melihat apa yang dia tulis dan kongsikan di internet? Mana hilangnya pertimbangan waras dia semasa membuat statement sebegitu?



Saya tak cukup arif untuk menilai dan menjatuhkan hukuman ke atas cikgu tersebut. Mungkin juga Facebook dia dah kena hack dengan orang lain, seperti mana statement-statement yang pernah dikeluarkan oleh orang-orang yang pernah kantoi kat Facebook. Macam-macam kemungkinan boleh ada. Namun, ditegaskan, ini juga tidak bermakna saya membela cikgu doggie tersebut yer...

Namun kalau benar itu keluar dari kepala otak cikgu tuh sendiri, saya rasa dia patut minta maaf kepada semua warga polis dan ahli keluarga polis yang terguris hati dek tulisan nya yang langsung tak matang, langsung tak rasional dan langsung tak pikir panjang!



Terbaru, pihak polis pun dah mula menjalankan siasatan terhadap mana-mana individu yang menghina tugas polis. Cadangan saya, bawak saja mereka ini ke medan perang supaya mereka benar-benar tahu, adakah ini lakonan, sandiwara, drama swasta atau sempadan antara hidup dan mati! 

Jangan lupa juga untuk rakam  aksi mereka-mereka ini ketika mendengar bunyi bom dan tembakan ketika di medan perang untuk kita tonton plak kat Facebook akan tahap "keberanian" mereka.

Di saat-saat genting, maruah negara dipertaruhkan seperti ini, semua kita mesti ingat, jangan pula sampai kita diketawakan musuh dek kerana bercakaran sesama sendiri. Semua dah lupa? Apa yang penting? Kerja..sama!!



Tapi, ini pun penting jugak!

Dalam pada itu, saya juga menyeru kepada orang lain yang berkongsikan cerita pasal cikgu doggie nih, tolong spesifikkan kutukan anda hanya kepada cikgu tersebut sahaja ok. Jangan nak melalut sampai ke cikgu lain.

Sebab cikgu-cikgu yang lain, seperti saya dan ramai lagi kat luar sana, sangat menyanjung tinggi usaha murni semua anggota keselamatan kita (POLIS, ASKAR, JPAM, RELA DLL) yang berjuang bermati-matian di Sabah, khususnya Lahad Datu dalam mempertahankan tanah air terchenta nih.


p/s: Senyum kambeng saya bila ada sebaris ayat ini dalam petikan sebuah blog mengenai isu cikgu doggie nih, "Benar bukan semua cikgu tuh pandai" .. keliru dengan statement dia nih.. maksudnya, ada jugak ke cikgu yang tak pandai?.. lebih setuju kalau dia cakap, "Tak semua benda yang cikgu pandai". Namun, terima kasih banyak lah kerana sentiasa mendorong kami warga cikgu nih untuk sentiasa belajar mencari ilmu ke peringkat tinggi lagi.. sebab masih tak pandai.  ;)


 

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Cikgu Sial Bin Kurang Ajar.....itulah dpt saya komen tentang Cikgu anjing kurap ni...sepatutnya Cikgu ni dah mampus semasa lahir.Tak menyusah org..tak layak jd pendidik

    BalasPadam
  2. terkedu sekejap dengan ulasan Tanpa Nama.. saya faham, memang ramai orang yang marah dengan pendirian cikgu doggie nih.. tapi, kalau kita ikut perasaan, maka kita pun jadik lah lebih kurang macam dia jugak.. bawak bersabar yer Tanpa Nama.. ;)

    BalasPadam
  3. bahasa jiwa bangsa..:)

    BalasPadam
  4. Cikgu Hailmi jangan risau, sapa buat di dapat balasan setimpal... Masih banyak cikgu baik dan berdedikasi...

    BalasPadam
  5. setuju tuh Putera Dunia dan sy pun cikgu.. jangan kerana setitik nila, rosak susu sebelanga.. ;)

    BalasPadam
  6. Ini satu pengajaran tentang backlash benda-benda yang kita post di FB. Kene hati-hati nih sebab cikgu memang diperhatikan ramai.

    Saya tak akan kisah pun orang yang mengeluarkan komen-komen macam itu. Memang la menunjukkan orang itu lain daripada yang lain. Kalau kita bertindak keras ke atas orang macam itu, bodohlah lagi kami.

    BalasPadam
  7. Cikgu Norazimah sentiasa menyokong polis dan barisan tentera kita..terharu dgn pengorbanan mereka..itulah..bila EMOSI menguasai jiwa..jadilah mcm cikgu doggie nih..hmmm

    BalasPadam
  8. betul tuh Yong, kita biar jek dia "tenggelam" dengan kapal dia.. ;) kita jangan tumpang sama.. ;)

    BalasPadam
  9. cikgu azie, mungkin cikgu doggie tuh pernah kena buli ngan polis kot masa dulu2, sampai trauma n fobia camnih skali.. haru...

    BalasPadam
  10. hahaha..suka hati suki aku lh...

    BalasPadam
  11. Huhuhuhu pasti ke dia tu cikgu erk...?

    BalasPadam
  12. haru la bila ada seorang cikgu yg buat perangai..nanti burukkn nama guru2 lain..sebab nila setitik rosak ssu sebelanga..huhu

    BalasPadam