About Me

SMK Tanah Putih, Pahang rasmi Batting Cage dan Pitching Machine



Perasmian Batting Cage dan Pitching Machine Sofbol di SMK Tanah Putih, Pahang

Saya nak tumpang kongsi kegembiraan bila terbaca satu post pasal peristiwa ini kat Facebook. Sebuah sekolah di Kuantan, Pahang iaitu SMK Tanah Putih, telah mengorak setapak lagi langkah dalam kemajuan sukan sofbol apabila menyediakan satu batting cage dan juga pitching machine bagi kegunaan pasukan sofbol sekolah tersebut.

Mengikut rekod yang tercatat pada laman terbabit, Majlis Perasmian Batting Cage dan Pitching Machine tersebut telah diadakan pada 8 Februari 2013 dengan dirasmikan sendiri oleh Tuan Pengetua sekolah terbabit, iaitu Mr Loh.


Perasmian Batting Cage dan Pitching Machine di SMK Tanah Putih, Pahang

Malah semasa majlis perasmian tersebut juga, Tuan Pengetua, Mr Loh turut mencuba untuk memukul bola menggunakan pitching machine terbabit. Boleh tengok dalam bentuk video di page Facebook Softball Pahang. Memang sporting habis!


Pengetua Mr Loh merasmikan Batting Cage dan Pitching Machine di SMK Tanah Putih, Pahang
Pengetua, Mr Loh merasmikan bola yang pertama

Menurut catatan juga, orang yang dikatakan bertanggungjawab dalam berusaha menjadikan perkara ini sebagai kenyataan ialah Mr Ong Siang Loon, iaitu Ketua Jurulatih Pasukan Sofbol Pahang. Usaha ini turut dibantu oleh pihak sekolah SMK Tanah Putih, MPK, bekas pemain dan pemain sofbol di Pahang.

Ternyata, usaha sebegini sememangnya amatlah dialu-alukan dalam memeriahkan lagi sukan sofbol di Malaysia. Saya pasti selepas ini, pasti lebih banyak negeri/sekolah/pasukan yang akan mempunyai kemudahan sebegini juga!

Teruskan berusaha!


Catat Ulasan

0 Ulasan