.

.

KARTiKEL

Jumaat, 15 Februari 2013

Subhanallah! Kejadian Meteor Russia Sudah Diramal Dalam Quran?

Subhanallah! Itulah yang boleh saya katakan ketika membuat carian mengenai kejadian meteor yang berlaku di Chelyabinsk, Russia pagi tadi.


Hujan Meteor
Sekadar Gambar Hiasan

Saya terjumpa dengan sebuah entri yang bertajuk "Amaran 2012 dalam Ar-Rahman" dengan tarikh entri pada 4 Julai 2011. Entri lama yang dah hampir berusia 2 tahun.

Dalam entri tersebut, penulis memberikan teori 2012 dengan membuat rujukan pada Surah Ar Rahman dengan menggunakan kaedah Nombor Perdana. Kajian kod tersebut telah dilakukan oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam.

Dalam pos tersebut juga mengandungi kaedah pengiraan kod nombor perdana yang ditunjukkan secara teliti sehingga merujuk kepada sesuatu perkara. 

Paling menarik perhatian saya adalah, turut DIRAMALKAN bahawa akan berlaku HUJAN METEOR pada Tahun Hijrah 1433 (2012 Tahun Masihi).




Hujan Meteor di Chelyabinsk, Russia


2012? 2013?
Wallahualam! Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Baca huraian di bawah untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana Ali Adam dapat meramalkan peristiwa tersebut.


====================================================================


Nombor Perdana adalah Kuncinya 
Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hubungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999. Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.


Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran. 

Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.



Penemuan 2012 dalam al-Quran
Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;


13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77

dan jumlahnya

13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433

merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana! tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).


Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);

30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 355 days sumber: http://www.islamicfinder.org/Hcal/hdate_year.php?year=1433&base=h

Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).

Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.

Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.



Apakah Peristiwa Itu?

Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.




"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:

بسم الله الرحمن الرحيم      أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟ 
فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ
But if you don’t do it, and you shall never do it,
then beware The Fire for which Men and stone
s are its fuel;  it is prepared for the unbelievers.





"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:


بسم الله الرحمن الرحيم      أعوذ بالله من الشيطن الرجيم


أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ 
فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ
These are they who buy the life of this world for the hereafter,
so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.





" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]



بسم الله الرحمن الرحيم      أعوذ بالله من الشيطن الرجيم


قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ
Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.


9 ulasan:

  1. subhanaALLAH..Maha Besar Allah dia mengetahui segalanya

    BalasPadam
  2. ...mng bnar apa yg tlah trcatat dlm kitab suci itu....,subhanaALLAH....

    BalasPadam
  3. subhanallah..alquran adalah mukjizat sepanjang zaman...

    BalasPadam
  4. Subhanaallah..Allah telah menulis segalanya di dalam Al-Quran dan menyuruh manusia mengkajinya..

    Banyak peristiwa yang terjadi bila dikaitkan dengan Al-Quran mesti mendapat jawapan..

    BalasPadam
  5. nauzubilah...

    ayat quran menjadi pentunjuk tentang kejadian meteor.. soalnya adakah kita mau pakai hukum allah atau hukum akal.. jgn syirikkan allah.. tiada yang di sebut dlm hadis atau quran.. ada pekara yang tidak tercapai oleh akai.. wallahualam

    BalasPadam
  6. ps : - edited

    nauzubilah...

    ayat quran menjadi pentunjuk tentang kejadian meteor.. soalnya adakah kita mau pakai hukum allah atau hukum akal.. jgn syirikkan allah.. bab pengkajian dlm nombor dan obbession pada figure tiada yang di sebut dlm hadis atau quran. langsun. ada pekara yang tidak tercapai oleh akai.. wallahualam

    BalasPadam