About Me

Majlis Pelancaran Sarana Ibu Bapa di Bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

GURU | Sarana Ibu Bapa di Bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPIM 2013 - 2025
 Esok, 24 Februari 2013 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Majlis Pelancaran Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah Di Bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPIM) 2013 - 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre.

Dengan bertemakan "Anak Nadi Inspirasi Kita - Pendidikan Anak Tanggungjawab Bersama", majlis tersebut akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.


Apa itu Sarana Ibu Bapa?
Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta : M A L A Y S I A
Sarana : (Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu.
- Kamus Dewan Edisi Keempat


GURU | Sarana Ibu Bapa di Bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPIM 2013 - 2025

Nak tahu lagi apa yang anda boleh lakukan untuk kejayaan anak anda?  Sila muat turun untuk maklumat lanjut.

Catat Ulasan

0 Ulasan