About Me

Import Pemain Sofbol dari Jepun

Bagi mempertingkatkan lagi mutu permainan sofbol di sekolah saya, saya juga kali ini mengimport beberapa pemain daripada Jepun! WOW! Hebat! Semua orang nak pemain dari luar, jadi saya pun ikut nak sibuk import jugak pemain dari Jepun nih. ;)

Sekolah Malaysia import pemain sofbol dari Jepun

Hak3 .. Perasan!

Sebenarnya, saya cuma berjaya import nama Jepun jer untuk pemain-pemain yang telah terpilih bagi mewakili pasukan sekolah pada tahun 2013 ini.

Bagi memberi kelainan dan juga Lawak Minggu Ini di sekolah, maka pengumuman nama-nama pelajar yang telah terpilih bagi pasukan sofbol sekolah, telah saya buat dalam bentuk seperti poster di atas. Poster ini pula akan ditampal di kebanyakan papan notis utama tumpuan pelajar.

Nak bagi nampak menarik lagi, saya JEPUNkan nama-nama pelajar saya supaya boleh menarik perhatian orang yang membaca dan melihat poster tersebut. Saya selitkan juga nama asal/nama glamer mereka dalam nama Jepun tuh. Nak jadik cikgu, mesti kena kreatif dan inovatif kan?. (tema pendidikan tahun nih)

Mungkin akan ada nama Jepun yang akan melekat lepas nih, tapi saya lebih kepada melihat dari sudut kelainan dan juga pengalaman yang mereka bakal perolehi nanti. 
Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar nanti, Insha Allah!

p/s: Lupa nak JEPUNkan nama coach dia skalik! ;)


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. he3.. Besbol pun ada, Sofbol pun ada.. Kalau di Jepun, majoriti lelaki akan main besbol berbanding sofbol. sebab tuh dalam anime banyak tunjuk besbol lagik..

    Tapi kat Malaysia nih, besbol kita kurang glamer, sebab tuh laki pompuan semua sibuk main sofbol.. Besbol baru nak naik kat Malaysia.. ;)

    BalasPadam
  2. tu la..kalu maen besbol puas sikit..sy ex sofbol...hehehehe ^^

    BalasPadam