.

.

KARTiKEL

Khamis, 17 Januari 2013

Inovasi Dalam Sains : Jom Tonton SCIENCE PROJEKT 2012

Alhamdulillah, projek filem pendek Sains dapat diteruskan lagi bagi tahun 2012. Kali ini melibatkan pelajar-pelajar daripada kelas 3B, 3C dan juga 3F

Perancangan yang lebih teliti juga dibuat pada tahun ini. Bagi setiap proses kerja, pelajar perlu menghantar apa yang dikehendaki pada tarikh yang telah ditetapkan bagi melancarkan lagi perancangan projek. Pelajar juga diingatkan supaya menggunakan props yang sesuai dan berkesan.

---> Tengok Video-video yang memenangi SCIENCE PROJEKT 2011

 
Penyediaan skrip juga kali ini melalui beberapa fasa yang lebih teliti, bagi menghasilkan skrip yang lebih mantap dan berkualiti. Pengalaman semasa mengikuti Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2012 Peringkat Kebangsaan di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada awal tahun 2012 juga sangat membantu saya dalam mencurahkan ilmu bidang ini kepada para pelajar.

Berikut adalah 3 video terbaik yang telah dipilih oleh Juri Pelajar seramai 50 orang bagi memenangi Pertandingan Video SCIENCE PROJEKT 2012!

JOHAN
Fillyson - Oh My Food!



NAIB JOHAN
Norshila - Baby Boo


KETIGA
Jecqsemina - Asid vs Alkali 




Nak tahu bagaimana proses penghasilan projek ini??
--->   BACALAH : SCIENCE PROJEKT : Belajar Sains Melalui Filem Pendek


Nak tengok video-video lain yang turut bertanding??
--->  KLIK Playlist Video SCIENCE PROJEKT 2012

Jom kita sama-sama tonton, semoga beroleh manfaat!

4 ulasan:

  1. wahh. kreatif. siapa yang buat video ini?

    BalasPadam
  2. TQ ohcikgu.. skrip dan jalan cerita budak yang buat. saya tukang edit ja.. he3..

    BalasPadam
  3. kreatifnye lah!
    Suka video yg dapat JOHAN tu..
    best2~ :)

    BalasPadam
  4. he3.. TQ Ameerul.. yang paling penting, diorg enjoy belajar Sains cara mcm ni...

    BalasPadam