.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Sabtu, 29 Disember 2012

Jenis-jenis Sekolah di Malaysia

Sebelum sesi persekolahan 2013 bermula, saya berminat untuk mengkongsikan dengan anda semua, jenis-jenis sekolah yang ada di Malaysia ni. Terlalu banyak dengan macam-macam gelaran. Ada juga yang pernah dengar, tapi tak tahu langsung apa maksud sekolah tuh. Jadi post ini sesuai sangat dijadikan panduan dan rujukan untuk yang sedang mencari maklumat berkaitan. Jom kongsi!

  

Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar No.1 SIbu, Sarawak

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

(SMK Luar Bandar No.1 Sibu)

Sekolah menengah harian biasa yang menumpukan kepada aspek menyediakan hak pendidikan yang sama rata kepada rakyat di seluruh pelusuk Malaysia

Jumaat, 28 Disember 2012

Pasukan Sofbol Miri U21 kuasai Karnival Fastpitch Campuran di Miri

Kelibat umpire dan catcher sofbol semasa Kejohanan Sofbol di Miri, Sarawak

Sebagai menutup aksi sukan sofbol di Sarawak bagi tahun 2012, satu Karnival Fastpitch Campuran telah diadakan pada 15 dan 16 Disember yang lalu, bertempat di Padang Pusat Belia Miri, Sarawak. Karnival dua hari tersebut dianjurkan oleh Persatuan Sofbol Sarawak, SSA pimpinan En Ishak Chin yang mana sudah tentu menarik penyertaan daripada kelab-kelab sofbol yang aktif sekitar Miri.

Penganjuran karnival seperti ini ternyata dapat memberi pendedahan berterusan kepada pemain-pemain, di samping melakukan persiapan bagi menghadapi Kejohanan Terbuka Sofbol Bawah 21 Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Januari 2013 nanti. Kejohanan yang sama juga akan digunakan sebagai medan pemilihan pemain-pemain yang akan mewakili Sarawak bagi SUKMA 2013 nanti.


KEPUTUSAN AKHIR
 Johan : Miri U21
Naib Johan : Tsunami
Ketiga : KRP
Keempat : PMU Ronin

Tambah meriah, pihak penganjur juga menyediakan hadiah khas bagi kategori pencapaian individu terbaik. Diharapkan dengan usaha yang berterusan, penganjuran karnival seperti ini akan membuka ruang yang lebih besar kepada perkembangan positif dunia sukan sofbol di Sarawak pada masa akan datang.

Selamat Bersofbol!
 

Khamis, 27 Disember 2012

Bahaya Penyakit Bawaan Air di Musim Banjir

Oleh kerana musim banjir yang melanda Malaysia sekarang nih, terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia, di sini saya senaraikan beberapa penyakit bawaan air yang boleh memudaratkan mangsa-mangsa banjir.



Dairrhoel
(cirit birit)
 diarrhoea atau cirit birit
 Penyakit dairrhoel ini boleh disebabkan sama ada virus atau bakteria patogen. Ini juga merupakan penyebab utama kematian kanak-kanak di negara berpendapatan rendah. 

Rabu, 26 Disember 2012

Warisan Berendoi Semakin Dilupakan di Perlis

Berendoi berasal daripada kata “endoi”, iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk menidurkan bayi atau kanak-kanak. Berendoi adalah bentuk persembahan yang berunsur keagamaan. Lagu-lagunya adalah berunsur nasihat kepada anak-anak dan juga ibu bapa.


Endoi yang digunakan untuk berendoi di Perlis

Berendoi dipercayai berasal dari negeri Perlis bermula sekitar tahun 1930-an, dan kini juga terdapat di Kedah. Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak sireh. Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari.

Satu kumpulan endoi biasanya berjumlah empat atau lebih. Upacara berendoi akan dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.




Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan nabi.

Selasa, 25 Disember 2012

Awas! Bencana Berlaku Pada Setiap 26 Disember

Esok, tanggal 26 Disember 2012 sama ada anda sedar atau pun tidak, maka genaplah 8 tahun sudah kejadian Tsunami Acheh yang meragut sehingga hampir 300 000 mangsa daripada negara-negara yang terlibat. Dan sebenarnya bukan bencana Tsunami Acheh sahaja yang berlaku pada tarikh yang sama, tapi ada lebih banyak lagi bencana alam yang juga berlaku pada tarikh yang sama. Malah ada juga sebilangan yang tidak mahu ke mana-mana pada tarikh tersebut kerana percaya bahawa bencana alam akan berlaku pada 26 Disember setiap tahun!

Di sini saya senaraikan kejadian bencana alam yang turut berlaku pada 26 Disember setiap tahun.

2012 - ???
2011 - Siklon Dagmar yang melanda Scandinavia
2006 - Gempa Bumi Hengchun, Taiwan (7.1 richter)
2004 - Tsunami Acheh, Indonesia (300 000 kematian)
2003 - Gempa Bumi Bam, Iran (60 000 kematian)
1999 - Ribut Lothar yang melanda Eropah Tengah (kerugian 1.3 billion)
1997 - Letupan Gunung Berapi Soufriere Hills di Pulau Montserrat
1996 - Ombak Tidal di Sabah, Malaysia
1947 - Ribut Salji di New York, AS (salji setebal 25.8 inci)
1939 - Gempa Bumi Erzincan, Turkey
1932 - Gempa Bumi Kansu, China (kematian 70 000)






Anda Percaya?
Ini adalah kepercayaan karut! Hakikatnya, bencana alam ada berlaku di seluruh dunia, pada hampir setiap hari. Sama ada kita mengetahuinya melalui media massa, atau pun tidak mengetahui nya langsung kerana berlaku jauh dari negara kita.

Jadi, semua bencana alam itu berlaku pada tarikh 26 Disember hanya secara kebetulan sahaja. Banyak lagi bencana alam yang menyebabkan kemusnahan lebih dahsyat berlaku pada tarikh lain. 26 Disember hanyalah tarikh biasa seperti hari-hari lain.


Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM 2013

Permohonan kemasukan ke tingkatan 4 mrsm tahun 2013

Bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains MARA, MRSM di sini saya sertakan sedikit maklumat ringkas yang boleh anda gunakan sebagai panduan memohon.

Laman Web KPM Berwajah Baru

Setelah sekian lama menggunakan antaramuka yang sama, maka pada 24 Disember 2012 yang lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah melancarkan laman web dengan rupa baru. 




Jumaat, 21 Disember 2012

Yukiko Ueno : Bintang Sofbol Jepun

Yukiko Ueno (上野 由岐子 Ueno Yukiko,  dilahirkan pada 22 Julai 1982 di Bandar Fukuoka)  merupakan pitcher sofbol untuk pasukan Renesas Takasaki dan juga pasukan kebangsaan Jepun, yang mana telah meraih pingat gangsa (2004) dan emas (2008) dalam Kejohanan Olimpik
 
yukiko ueno bintang handalan sofbol, pitcher dari Jepun

Dengan ketinggian 1.74cm (5’ 8”) beliau merupakan pitcher yang pertama memperolehi “perfect game” semasa di Olimpik sewaktu menentang pasukan China di Athens. Dengan kelajuan bola pitch mencapai sehingga 121 km/j, beliau dikenali sebagai antara pitcher terpantas dalam sejarah dunia sofbol wanita.

Pertembungan Jepun dengan kuasa besar Amerika Syarikat juga banyak kali menghampakan Jepun. Namun setiap kali kejuaraan disandang oleh Jepun, penyumbang terbesar adalah daripada kerja keras Yukiko Ueno.


Kejohanan Sofbol Wanita ISF
2002 : Amerika Syarikat mengalahkan Jepun
2006 : Amerika Syarikat mengalahkan Jepun
2010 : Amerika Syarikat mengalahkan Jepun
2012 : Jepun mengalahkan Amerika Syarikat

Olimpik
1996 : Amerika Syarikat mengalahkan China
2000 : Amerika Syarikat mengalahkan Jepun
2004 : Amerika Syarikat mengalahkan Australia
2008 : Jepun mengalahkan Amerika Syarikat
2012 : sofbol tidak dipertandingkan
2016 : sofbol tidak dipertandingkan


Saksikan kehebatan Yukiko Ueno dalam video di bawah ini

 

Khamis, 20 Disember 2012

Permohonan Ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional


Bagi pelajar-pelajar lepasan PMR 2012, yang sudah mengetahui keputusan peperiksaan masing-masing, sekiranya anda berminat dengan bidang teknikal, anda bolehlah memohon melanjutkan pelajaran ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau pun ke Sekolah Menengah Vokasional (SMV).

Isnin, 17 Disember 2012

Autistik Savant : Genius dalam Kekurangan

Autistik Savant (Autistik Terpelajar) merupakan fenomena otak paling menakjubkan dalam  bidang psikologi. Autistik Savant ini merujuk kepada individu dengan penyakit autism, yang mempunyai kemahiran  luar biasa yang tidak boleh dipamerkan oleh orang kebanyakan.


Suatu ketika dahulu, golongan  ini digelar, Idiot Savant, istilah orang Perancis yang bermaksud kemahiran tanpa belajar. Istilah Autistik Savant ini diperkenalkan pada tahun 1978, oleh Dr Bernar Rimland dalam sebuah artikel dalam Psychology Today, dan istilah itu kekal hingga sekarang.


Dianggarkan hanya 10% dari kelompok penghidap autism merupakan Autistik Savant. Manakala bagi kelompok bukan penghidap autism, kurang dari 1%.


Kebolehan mereka ini boleh wujud dalam banyak bentuk. Kebiasaannya melibatkan pengiraan matematik, ingatan memori, kebolehan artistic dan kebolehan muzik. Kebolehan matematik yang selalu ditunjukkan oleh Autistik Savant ini adalah Ingatan Kalender. Mereka dapat menentukan hari dengan tepat, sekiranya mereka diuji dengan tarikh tertentu. Bagi sesetengah yang lain pula, boleh mengira pengiraan kompleks yang melibatkan punca kuasa dan angka besar tanpa sebarang masalah.


Ada yang boleh melukis karya yang sehebat Rembrandt (pelukis tersohor). Ada yang mempunyai kemahiran muzikal yang hebat seperti Tim Baley, pemain piano konsert bagi perkumpulan pemuzik dan penyanyi autism. Peliknya ada juga yang akan hilang kebolehan luarbiasa itu seiring dengan usia.



autistik savant dalam rain man
 
Filem Rain Man, kisah  Kim Peek telah berjaya mendedahkan ramai penonton kepada penyakit autism dan juga fenomena Autistik Savant. Malangnya, lebih ramai yang percaya, bahawa semua penghidap autism merupakan Autistik Savant, yang mana sebenarnya adalah tidak.


Punca penyebab individu autistik mempunyai kebolehan dan kepintaran luar biasa seperti ini adalah tidak diketahui. Banyak teori yang dikemukakan, tetapi tiada langsung bukti yang menyokong kesemuanya. Dr Rimland menyatakan bahawa ini berlaku kerana kebolehan luarbiasa mereka dalam  memfokuskan kepada perkara tertentu sahaja dalam pemikiran mereka.


Jumaat, 14 Disember 2012

Keputusan PMR 2012 pada 19 Disember 2012

Alhamdulillah, Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini (14 Disember) melalui Laman Facebook nya dah mula keluarkan berita makluman mengenai Keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2012 setelah dalam dua tiga minggu nih asyik dapat berita yang tak bertauliah. Ada yang cakap 22hb Disember, ada yang bagitau 25/26hb Disember. Jadi makluman ini memanglah ditunggu-tunggu, tepat pada masanya.







Bagi yang dapat menghadirkan diri ke sekolah, saya rasa lebih sesuai jangan datang awal sangat. Pukul 11/12 tuh kira ok lah. Sebabnya, kebiasaannya, pihak sekolah akan buat kerja-kerja analisis terlebih dahulu, sebelum mula mengedarkan kepada para pelajar. Jadi, diharapkan para pelajar bersabar sedikit, sambil menunggu tuh teruskan berdoa mendapat keputusan PMR yang terbaik!

Apa-apa pun saya doakan YANG TERBAEK buat semua para pelajar yang telah menduduki PMR 2012, terutamanya buat anak-anak murid saya di SMK Luar Bandar No.1 Sibu.

Semoga Berjaya!

Misteri Bumi Bergelap Pada 23,24,25 Disember 2012!




Selasa, 11 Disember 2012

Sofbol Perlis Tigers Ungguli Penang Open 2012

Pasukan sofbol lelaki Perlis Tigers bergambar kemenangan

Pada 8 dan 9 Disember yang lalu, satu Kejohanan Sofbol Terbuka Pulau Pinang Ke-12 telah dianjurkan oleh Persatuan Sofbol Pulau Pinang, bertempat di padang Penang Free School.   

Kejohanan tersebut telah menarik penyertaan sebanyak 12 pasukan Sofbol seluruh Malaysia.

PENYERTAAN

Pasukan yang bertanding bagi kategori lelaki ialah:
1. Penang Foxes
2. Perlis Tigers
3. Penang Panthers
4. KL Wipers
5. Perak Banshees
6. Penang Vipers
7. NS Pelagong
8. Penang SUKMA

Manakala bagi kategori wanita pula disertai oleh:
1. Penang Vipers
2. UiTM Reds
3. Penang Panthers
4. Perlis Tigers



Pasukan sofbol perempuan Vipers Penang bergambar kemenangan


 Pada perlawanan akhir bagi kategori Lelaki antara pasukan Perlis Tigers menentang pasukan Penang Vipers, pasukan Harimau dari Utara itu ternyata menunjukkan taringnya dengan membenam pasukan Penang Vipers 14 - 0, membuatkan trofi kejuaraan menjadi milik mutlak pasukan dari Utara itu.

Berikut adalah keputusan akhir kejohanan bagi kedua-dua kategori;

KEPUTUSAN AKHIR KEJOHANAN

Kategori Lelaki
1 - Perlis Tigers
2 - Penang Vipers
3 - Penang SUKMA

Kategori Wanita
1 - Penang Vipers
2 - UiTM Reds
3 - Penang Panthers



Pasukan sofbol perempuan Vipers Penang bersiap untuk batting

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua para peserta, sama ada yang menang atau yang kalah. Tak lupa juga buat para penganjur dan penggerak sofbol yang tak henti-henti menganjurkan kejohanan sebegini bagi memeriahkan lagi sukan sofbol di Malaysia.

Selamat Bersofbol!



Isnin, 10 Disember 2012

Semakan Program Khidmat Negara PLKN

Semakan program khidmat negara plkn di cikguhailmi.blogspot.com


Bagi pelajar lepasan SPM yang telah terpilih mengikuti Program Khidmat Negara, boleh lah membuat semakan melalui dua kaedah di bawah:



1. ONLINE (hanya menggunakan nombor IC)


2. SMS

Taip: PLKN SEMAK <NO KAD PENGENALAN ANDA>
Hantar ke : 15888
* Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20.



Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) 2013

Bagi rakan guru yang berminat untuk mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) 2013 ataupun dalam bahasa mudahnya, Kursus Kepengetuaan, anda bolehlah berbuat demikian sekarang.

Pengetua NPQEL

NAMA PROGRAM : 
PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) 2013


Program Kelayakan Professional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) adalah kursus yang diwujudkan bagi melatih kumpulan pemimpin pelapis yang telah melepasi proses taksiran khas yang dijalankan oleh Institut Aminuddin Baki.

Program NPQEL  mod baru dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka (face to face) dan juga e-learning. Ini membolehkan peserta menjalani kursus ini tanpa perlu memohon cuti belajar dan melepaskan jawatan hakiki yang disandang.

Kandungan mod baru NPQEL mengambil kira semua aspek keterampilan kepimpinan sekolah dan meliputi kesemua bidang relevan yang terkandung dalam mod sedia ada.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
1. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun.
2. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan adalah Gred A (85 ke atas) untuk 3 tahun berturut-turut
3.Tiada tindakan tatatertib
4. Sihat fizikal dan mental


PERINGKAT PERMOHONAN:
Peringkat 1. Isi online di http://www.iab.edu.my/npqel
Peringkat 2. Cetak dan hantar melalui pengetua/ketua jabatan

Hanya yang berjaya sahaja akan dipanggil temuduga.



STRUKTUR PROGRAM NPQEL:

FASA 1
FASA 2
PENILAIAN AKHIR
Bersemuka
 
 
 
 
 
 
 
 
3 minggu
di IAB
 
e-learning
(2 minggu di sekolah sendiri)
 +
Penandaarasan
(2 minggu di sekolah terpilih)
 
+
e-learning
(2 minggu di sekolah sendiri)
Bersemuka
+
Peperiksaan Fasa 1 
 
 
 
 
 
 
 
2 minggu
di IAB
 
e-learning
+
Sandaran
 
 
 
 
 
 
 
8 minggu
di sekolah sendiri
 
 
Bersemuka
•    Peperiksaan Akhir
•    Serahan Portfolio,
•    Ujian Kecergasan
•    Temuduga Panel  Penilai
 
 
 
 (1 minggu
di IAB)
 







# Permohonan diadakan 2 kali dalam tempoh setahun

Ahad, 9 Disember 2012

Jepun Wakil Asia ke Kejohanan Sofbol Dunia 2013

Pada 25 - 28 Oktober yang lalu, satu Kejohanan Sofbol Lelaki Asia telah diadakan buat kali ke-11 di Niimi City, Jepun. Pasukan yang mengambil bahagian adalah enam kuasa besar Sofbol di Asia, iaitu Jepun, Filipina, Indonesia, Singapura, India dan Hong Kong.

Aksi batting pasukan sofbol negara Indonesia semasa kejohanan

Pada perlawanan akhir antara pasukan Jepun dan pasukan Blu Boys dari Filipina, sekali lagi pasukan Jepun menunjukkan keunggulan mereka dalam sukan Sofbol Asia apabila mengalahkan pasukan Filipina 7 - 0!

Pasukan Sofbol negara Jepun yang akan mewakili Asia ke Kejohanan Sofbol Dunia 2013

Berikut adalah keputusan akhir kejohanan:
1. Jepun
2. Filipina
3. Indonesia

Dengan kejayaan itu juga, bermakna ketiga-tiga negara iaitu Jepun, Filipina dan Indonesia telah melayakkan diri mewakili rantau Asia ke Kejohanan Sofbol ISF Lelaki Dunia ke-13 yang akan berlangsung di North Shore, New Zealand pada 1 - 10 Mac tahun hadapan.

Pasukan yang memenangi Johan pada Kejohanan Sofbol ISF Lelaki Dunia ke-12 adalah pasukan Australia, kira-kira tiga tahun yang lalu.

Bagi yang berminat menonton aksi hebat perlawanan akhir Jepun menentang Filipina pada Perlawanan Akhir Kejohanan Sofbol Lelaki Asia ke-11, boleh lah menonton melalui pautan video di bawah.



KEJOHANAN SOFBOL LELAKI ASIA 2012
( Perlawanan Akhir Jepun vs Filipina )


Sabtu, 8 Disember 2012

Kejohanan Sofbol Kebangsaan Bawah 16 Tahun 2012

 Pada 17-19 November yang lalu, telah berlangsung satu Kejohanan Sofbol Kebangsaan Bawah 16 bertempat di Stadium Tun Fatimah, Melaka. Kejohanan telah berjaya menarik penyertaan 10 pasukan, termasuk 1 pasukan dari Singapura untuk berentap merebut gelaran Juara.



Kejohanan sofbol kebangsaan di pahang

Bagi kategori lelaki, pasukan Pahang sekali lagi berjaya mengungguli kejuaraan buat kali kedua apabila menumpaskan pasukan Pulau Pinang dengan 'tie-breaker' yang membolehkan Pahang memenangi kejohanan tersebut dengan skor 6 - 5.



Pasukan Singapura semasa kejohanan sofbol kebangsaan di pahang


Manakala bagi kategori perempuan pula, pasukan Singapura pula berjaya mengenepikan pasukan Pulau Pinang dengan kemenangan tipis 8 -7.
 

Khamis, 6 Disember 2012

Coca Cola: Sejarah, Fakta & Keburukan


minuman coca cola : sejarah fakta dan keburukan

COCA COLA : SEJARAH

Seorang ahli Farmasi John Smith Pemberton dari Columbus, Georgia telah  mereka wain koka dengan gelaran Wain Koka Perancis Pemberton (Pemberton’s French Wine Coca) pada tahun 1884. Apabila undang-undang di tempatnya, melarang penjualan minuman keras, Pemberton mula mencipta versi baru yang diberi nama, Coca-Cola, kerana ia mengandungi perangsang daun koka dari Amerika Selatan yang mengandungi kaffeina. 
Pada mula-mulanya Coca Cola dijual sebagai ubat paten untuk lima sen segelas. Tetapi tidak mendapat sambutan ramai. Coca-cola mula menjadi terkenal apabila bermulanya Perang Dunia II, di mana Syarikat Coca-Cola memberikan minuman percuma kepada Tentera Amerika Syarikat.  Coca-Cola mula membina kilang di luar negeri untuk memastikan minumannya dapat dibekalkan kepada askar-askar, sekaligus mewujudkan asas untuk perkembangan syarikat di luar negeri selepas peperangan.  Kepopularan Coca-Cola tercetus sewaktu askar-askar Amerika pulang ke negara selepas peperangan dengan rasa untuk minuman itu. Minuman itu terus menjadi sinonim kepada cara hidup Amerika.

 Sebelum Amerika Syarikat memasuki Perang Dunia II, kesulitan menghantar sari Coca-Cola ke Negara Jerman dan kawasan-kawasan pendudukannya menyebabkan penciptaan FANTA, sejenis minuman baru oleh seorang kakitangan Coca-Cola.

sejarah coca cola masa dulu zaman perang




COCA COLA : KANDUNGAN BAHAN KIMIA

 1. Air berkarbonat
2. Zat Pewarna (Karamel dan/atau Sulfit Ammonia Karamel)
3. Kaffein
4. Asid Fosforik
5. Asid Sitrik
6. Kalium Benzoat
7. Kalium Sitrat
8. Natrium Benzoat
9. Natrium Sitrat
10. Natrium Siklamat
11. Perasa

 sejarah botol coca cola dari dulu hingga sekarang


COCA COLA : KEGUNAAN

1. Untuk menghancurkan tulang : Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 – 10 hari.
 2. Untuk mencuci tandas : Tuang setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'asid sitrik' yang berada dalam Coke.
 3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
 4. Untuk menghilangkan kesan hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
 5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
 6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.
 7. Untuk mencuci cermin kereta yang berdebu/kotor/melekit : Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih.

  

coca cola minuman bahaya

COCA COLA : FAKTA MENARIK

Kandungan gula bagi satu tin Coke adalah bersamaan dengan 18 SUDU cawan teh! Asid Sitrik dalam Coca-cola akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis.

Bahan aktif Coke adalah ASID FOSFORIK, dengan pH 2.8, ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit OSTEOPOROSIS, reput tulang!

Lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan anti-hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk MENGHILANGKAN KESAN DARAH di jalanraya apabila berlaku kemalangan.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai RACUN PEROSAK yang disembur untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.

Coca Cola juga didakwa mengandungi ALKOHOL seperti yang didakwa dalam Everett Beal’s Recipe Book (Feb 28, 1979) dan juga Pemberton’s  Notebook (1992) yang disiarkan dalam History: For God, Country Coca-cola




# Fakta seperti yang tersenarai di atas adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.