.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Jumaat, 30 November 2012

Jawapan Kertas 1 Kimia SPM 2012

Jawapan kertas 1 kimia spm 2012 di cikguhailmi.blogspot.com

Untuk yang dah tak sabar-sabar nak tahu markah Kertas 1, Kimia SPM 2012 yang dah selesai peperiksaannya pada minggu lepas, boleh gunakan jawapan di atas untuk semakan. Tahap kebolehpercayaan jawapan ini tak dapat saya nak pastikan, sebab saya sendiri pun belum tengok soalan.

Selamat Berkongsi!



Siput Mentarang, Makanan Eksotik Perlis


SIPUT MENTARANG
Pengelasan Saintifik:
ALAM : Haiwan
FILUM : Moluska
KELAS : Bivalvia 

Pernah tengok tak siput nih?.. Siput nih sangat glamer di tempat saya, Perlis.. Selalu bila saya explain dengan orang lain, memang diorang tak pernah nak dapat bayangkan tentang siput ini. Siput nih jenis bermusim jugak, jadi anda tak boleh jumpa pada setiap masa. Kalau terjumpa, pastikan jangan lepaskan peluang untuk mencuba.


"Siput Mentarang merupakan sejenis haiwan bercengkerang, jenis kerang-kerangan yang boleh dimakan. Siput mentarang mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Siput Mentarang hanya boleh ditemui di pantai yang berselut sahaja seperti di Perlis atau Pantai Sabak, Selangor dan biasanya ia dikutip semasa air surut."


Harga jual bergantung kepada saiz dan juga musim ketika itu. Kalau banyak, murah lah. Dijual dalam keadaan yang macam kat atas, atau boleh juga jumpa yang dah dibuang kulit cengkerangnya. Cara nak makan dia, boleh bakar, boleh rebus, boleh buat masak lemak (?) pun boleh jugak rasanya. Sedap! Cuba lah..

Khamis, 29 November 2012

Jom Belajar Main Sofbol

Bagi yang baru berjinak-jinak nak main Sofbol, atau baru nak mengenal apa itu sukan Sofbol, di sini saya sertakan satu Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjayakan Dasar 1 Murid, 1 Sukan.

Modul ini boleh digunapakai sebagai panduan dan rujukan guru penasihat dalam usaha membangunkan sukan Sofbol di sekolah masing-masing. Modul ini juga boleh didownload dari laman web KPM. Pelajar juga boleh guna modul ini dalam mendalami sukan Sofbol.





Antara kandungan modul ini ialah:

Bab 1 : Dasar 1 Murid, 1 Sukan (Pengenalan, Matlamat, Konsep)
Bab 2 : Pengurusan Kelab Sukan (Penubuhan, Organisasi, Bidang Tugas)
Bab 3 : Latar Belakang Sukan Sofbol (Sejarah, Undang-undang, Pakaian, Peralatan, Pertandingan)
Bab 4 : Persediaan dan Perancangan (Pertimbangan, Contoh Latihan, Memanaskan Badan, Gerak Kendur)
Bab 5 : Perkembangan Kemahiran (Membaling, Menyambut, Memukul, Pitching, Menangkap)


Keseluruhannya, modul ini memang sangat membantu guru yang bermula daripada kosong dengan memberi panduan langkah demi langkah dalam membimbing guru untuk mengajar sukan Sofbol ini. Turut disediakan contoh-contoh aktiviti bagi menyiapkan diri sebelum bersukan, serta kemahiran-kemahiran asas dengan teknik yang betul dan berguna dalam sukan Sofbol.

Selamat Bersofbol!

Selasa, 27 November 2012

Filem Besbol Terbaik Sepanjang Zaman

Bagi para peminat Sofbol, dah tentu anda semua juga adalah peminat kepada filem yang berkisarkan kepada sukan Besbol. Tentu kecewa, apabila filem yang dijangkakan penuh dengan aksi sukan besbol, tetapi lebih banyak memfokuskan kepada jalan cerita dan kisah cinta. Jadi, lakukan sedikit survey, sebelum membeli atau mendownload.

Beberapa filem Besbol dalam koleksi saya seperti Bull Durham (1988), Field of Dreams (1989), The Sandlot (1993), One Hit from Home (2012) serta 3 filem di bawah, boleh dijadikan tontonan yang menarik untuk ditayangkan kepada pelajar bagi menghayati semangat berpasukan ketika bersukan.

FILEM BESBOL TERBAIK SEPANJANG ZAMAN

Di sini, saya senaraikan 3 filem Besbol Sepanjang Zaman yang paling menarik perhatian saya.



TEMPAT KETIGA
THE FINAL SEASON (2007)

The Final Season - Filem Sofbol terbaik sepanjang zaman

Filem ini diinspirasikan oleh kisah benar Kent Stock (Sean Astin), jurulatih baru yang mengambilalih satu pasukan sekolah yang telah mencatatkan rekod kemenangan 19 tahun berturut-turut. Kent Stock mesti meyakinkan pemain-pemainnya yang beliau layak untuk menggantikan tempat jurulatih lama yang telah berpindah. 

Konflik tiba apabila, atas sebab yang tidak dapat dielakkan, sekolah mereka terpaksa bergabung dengan sekolah lain. Oleh itu, beliau memikul tugas yang lebih besar kerana perlu membawa pasukan tersebut  menamatkan rekod hebat kemenangan mereka kerana itu juga merupakan kejohanan terakhir mereka.

Dapatkah Kent Stock melaksanakan tugas tersebut dengan jayanya?..

*Sean Astin juga berlakon sebagai Samwise Gamgee dalam Trilogy Lord of The Ring





TEMPAT KEDUA
A LEAGUE OF THEIR OWN (1992)

League of their own - Filem Sofbol terbaik sepanjang zaman

Filem hebat lakonan Madonna, Tom Hanks dan Geena Davis ini juga merupakan kisah benar mengenai sekumpulan pemain Besbol perempuan dalam Liga Besbol Profesional Wanita Amerika. Dalam kekalutan Perang Dunia Kedua, timbul idea daripada Walter Harvey, untuk menganjurkan Liga Besbol Profesional Wanita bagi mengaut keuntungan.

Jadi, beliau menjelajah ke seluruh pelosok Amerika bagi mencari pemain Sofbol wanita yang hebat, sehingga bertemu dengan pasangan adik beradik, lakonan Geena Davis dan Lori Petty, di sebuah ladang terpencil. Bermula dari situlah, kedua adik beradik itu menempuh suka duka dalam perjalanan mereka bergelar pemain Besbol yang hebat.

Apakah kesudahan yang menimpa pasangan adik beradik tersebut?...





TEMPAT PERTAMA
THE GLOVE (2011)


GLOVE - Filem Sofbol terbaik sepanjang zaman

Filem paling hebat ini adalah filem Korea, juga berdasarkan kepada kisah benar. Mengenai kisah seorang pemain Besbol profesional, Kim Sang-nam (Jung Jae-young) yang terpaksa melatih sekumpulan pemain Besbol daripada sekolah kurang pendengaran, bagi memperbaiki imej dan reputasinya.

Konflik cerita timbul apabila beliau langsung tidak bersemangat untuk mengajar pelajar-pelajar tersebut serta menghadapi kesukaran melatih pelajar kerana atas beza upaya mereka. Sehinggalah berlaku suatu peristiwa kepada beliau, yang menyebabkan beliau merasa bertanggungjawab untuk memberikan yang terbaik kepada mereka.

Dapatkah Kim Sang-nam menunaikan impian pelajar-pelajar tersebut untuk bergelar Juara?..

Sabtu, 24 November 2012

Kejohanan Muay Thai Perlis 2012

Kejohanan muay thai perlis 2012 di cikguhailmi.blogspot.com

Kesempatan cuti sekolah kali ini, saya bersama ayahanda tercinta, berpeluang menonton aksi hebat tomoi semalam, di Kejohanan Muay Thai Perlis Fight 2012, bertempat di Dewan Tokong Cina, Kuala Perlis.

Seingat saya, jarang sekali saya berpeluang untuk menonton aksi tomoi ini secara langsung, disebabkan kejohanan tomoi seperti ini, jarang-jarang sekali diadakan. Kalau ada pun, mungkin ketika saya tidak berada di bumi Perlis ini. Jadi, ini adalah peluang yang sangat tidak patut untuk dilepaskan..

Video ini adalah sedikit tatapan untuk mereka-mereka yang berminat dengan aksi sukan lasak ini.






p/s: Kesian tengok adik-adik nih, tapi tepukan gemuruh untuk mereka, sebab BERANI dan penuh dengan SEMANGAT KESUKANAN!


Jumaat, 23 November 2012

Soalan Spot Kimia SPM 2012

nak soalan spot kimia spm?

Peperiksaan SPM pada 26 November 2012 (Isnin) ini adalah peperiksaan bagi subjek Kimia. Seperti biasa, setiap kali nak exam, mesti pelajar akan datang tanya soalan nih kat saya:

Rabu, 21 November 2012

ANONYMOUS : Pahlawan Perang Siber


Bulan November 2012 dunia dikejutkan lagi dengan serangan Israel terhadap penduduk Gaza (Palestin) yang terus-terusan mengakibatkan kematian bukan sahaja pada penduduk awam, malahan wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.

Atas perkembangan isu terbaharu ini, saya terpanggil untuk berkongsi satu video yang menarik perhatian saya, iaitu video amaran oleh sekumpulan 'pahlawan perang siber' yang menggelarkan diri mereka Anonymous.



Anonymous adalah terdiri daripada gabungan hackers dari seluruh dunia yang tidak bergabung berasaskan kepada mana-mana organisasi atau pertubuhan, tetapi dengan berasaskan kepada prinsip perjuangan yang sama. Jadi anda boleh jumpa Anonymous ini dalam pelbagai isu, pelbagai bahasa dan pelbagai negara. Tetapi tujuannya adalah sama, iaitu berjuang menentang ketidakadilan dan mengembalikan hak kemanusiaan. Macam Ultraman! He3..

Logo yang digunakan  adalah logo "sut pakaian tanpa kepala" yang melambangkan organisasi yang tidak mempunyai ketua dan kerahsiaan identiti.

Dah banyak isu yang diperjuangkan oleh kumpulan Anonymous ini, antaranya menyerang dan menggodam pihak yang bertanggungjawab menyebabkan laman web The Pirate Bay ditutup, menggodam FBI kerana menutup laman web Megaupload, menggodam laman web kerajaan di UK pada April 2012 kerana dasar terbaru mereka dan yang terkini adalah serangan balas terhadap serangan Israel di Gaza.

Dalam video amaran kepada serangan Israel ke atas Gaza, kumpulan Anonymous akan menyerang KESEMUA laman web dan ruang siber yang berpengkalan di Israel serta melumpuhkannya! Ini semua dilakukan kerana atas dasar kemanusiaan sejagat.





Kesimpulan yang saya dapat daripada perkara baru ini;

1. Dunia kita ini sangat kecil. Kalau anda tak dapat nak pergi ke Gaza, cuba belajar hacking pandai-pandai, join Anonymous, kemudian bantu mereka godam ruang siber Israel. Rasanya itu pun dah dikira sebagai membantu, selain daripada turut memboikot barangan sumber pendapatan Israel.

2. MASYARAKAT, TOLONGLAH SEDAR! Isu Gaza dan Palestin ini bukan hanya isu orang Islam. Tetapi ini adalah ISU MANUSIA SEJAGAT di mana di suatu tempat kat dunia ini yang bernama Gaza, terdapat manusia (wanita, kanak-kanak dan orang tua) ditembak dan dibunuh tanpa belas kasihan. Cuba ambil masa sejenak, bayangkan  kalau kita yang berada kat tempat tuh.


Dalam pada itu, sama-samalah kita BERDOA kesejahteraan dan keselamatan ke atas Gaza. Buatlah dan sokonglah mana-mana usaha menyokong bagi mengembalikan keamanan ke bumi Gaza dengan seterdaya yang kita mampu.


Isnin, 19 November 2012

Kejohanan Sofbol MSS Sarawak 2012 (FINAL - Miri vs Kuching)

Ini satu lagi video terbaru yang saya hasilkan, iaitu video Perlawanan akhir Sofbol MSS Sarawak 2012 bagi Kategori 18TKB pada April 2012, bertempat di Mukah; iaitu perlawanan antara pasukan Miri dan juga Kuching


Tahniah juga atas semangat kesukanan yang telah ditunjukkan oleh kedua-dua pihak. Persaingan sengit ini akhirnya memihak kepada pasukan Kuching. Syabas diucapkan!

Apa-apa pun semoga dengan perkongsian ini boleh memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang ingin mengembangkan lagi bakat dalam sukan ini.

Akhir kalam, Majulah SOFBOL untuk negara! ;)


Ahad, 18 November 2012

Modul Pecutan Akhir Sains PMR 2012

Untuk rakan guru dan adik pelajar semua, di sini saya sertakan satu link kepada satu modul ulangkaji Sains PMR yang cepat dan ringkas serta boleh didownload melalui 4shared. Modul Ulangkaji tersebut mengandungi nota berkaitan dengan teknik menjawab soalan Sains PMR, serta nota-nota ringkas daripada topik dan subtopik yang terpilih. Macam kira soalan spot jugaklah dan perlu diberi perhatian untuk tahun ini. Semoga beroleh manfaat!
Modul pecut akhir sains pmr 2012 di www.cikguhailmi.com


Walaupun dah terlepas tarikh, tapi bahan dan kandungan dalam powerpoint tersebut masih lagi relevan dan boleh digunakan dari masa ke semasa. Ingat.. Tahun depan ada lagi PMR ok! ;)

SELAMAT BERJAYA! ;)



Kasut Kelopak Jantung : Dulu Novel, Kini Filem Pendek

So untuk perkongsian yang pertama, di sini disertakan satu video, filem pendek dengan tajuk "KASUT KELOPAK JANTUNG". Bagi pelajar Tingkatan 1,2,3 dan guru-guru Bahasa Melayu Menengah Rendah, anda semua pastilah dah terbiasa dengan tajuk novel ini. Filem pendek ini dihasilkan daripada novel KOMSAS BM Tingkatan 1 untuk tayangan Hari Guru 2012 di sekolah saya.



Novel Antologi Kasut Kelopak Jantung versi filem pendek


Video ini dibikin oleh sekumpulan pelajar di bawah bimbingan saya. Tujuan asal hanya sebagai tontonan semasa tayangan persembahan hari guru. Walaubagaimanapun, setelah difikirkan video ini mampu membantu pelajar-pelajar dan guru-guru di luar sana dalam mengajar KOMSAS Bahasa Melayu, maka video ini pun dimuatnaik ke Youtube. Semoga ramai yang beroleh manfaat daripadanya!






Ceritanya mengenai hubungan guru dan seorang pelajar miskin. Cerita sedih jugak lah. Tapi, nak tahu sedih betul ke tak, tengok ler ..

SEMOGA TERHIBUR!






Selamat Datang ke Blog CiKGUHAiLMi!

Cikgu Hailmi a.k.a CiKGUHAiLMi guru kimia, sains, sofbol, drama



Assalamualaikum!

Selamat datang ke blog Cikgu Hailmi atau dengan nama trademark, "CiKGUHAiLMi". 

Blog ini, saya sediakan khas untuk berkongsi bahan, pengalaman dan semua yang berkaitan dengan apa yang saya telah buat, sedang buat dan akan buat dengan rakan-rakan guru, adik-adik pelajar dan juga orang awam yang berminat untuk mengikuti hasil penulisan saya.

 Bagi anda yang peminat tegar dengan Sains PMR, Kimia SPM, Sofbol, dan Drama; so blog ini mungkin boleh jadi satu lagi blog yang boleh memberi manfaat kepada anda. 

Dalam masa yang sama juga, saya akan cuba sediakan bahan-bahan bacaan lain yang menarik dan berinformasi untuk perkongsian dengan pembaca blog ini.

Untuk anda yang mempunyai cadangan serta apa-apa perkara yang boleh menambahbaik blog yang baru mula lahir nih, cadangan anda sangatlah saya alu-alukan.

SELAMAT BERKONGSI! ;)


p/s: Di sini saya sertakan senarai daftar kata yang ada kena mengena dengan blog saya ini. Kalau ada yang berkenan di hati, klik k! 


| Cikgu | Sekolah | Tingkatan 1 | Tingkatan 2 | Tingkatan 3 | Tingkatan 4 | Tingkatan 5 | Tingkatan 6 | Sains PMR | Kimia SPM | Biologi SPM | Fizik SPM | Drama | Sofbol | Malaysia | Perlis | Kedah | Pulau Pinang | Perak | Kuala Lumpur | Negeri Sembilan | Pahang | Melaka | Johor | Kelantan | Terengganu | Sabah | Sarawak | Filem | Guru |