About Me

Pasukan Sofbol Green Hornets Benam Bedok Singapura

Hornets Pasukan Sofbol dari Kuching Sarawak bergambar kenangan dengan Bedok Singapura


Tarikh 30 November 2012 mencatat kenangan manis buat semua ahli pasukan Hornets, dari SMK Green Road, Kuching, Sarawak apabila berjaya mengalahkan pasukan jemputan, Bedok Green, dari Bedok Green Secondary School, Singapura dalam perlawanan persahabatan mereka baru-baru ini, bertempat di SMK Green Road.

Pasukan Hornets Senior berjaya mengalahkan pasukan Bedok, Singapura dengan skor 9-2, manakala pasukan Hornets Junior juga turut memenangi perlawanan persahabatan tersebut dengan skor tipis 9-8.
Sekalung tahniah buat jurulatih, Cikgu Juraimie Junaidi dan juga anak didiknya, Hornets atas kejayaan mereka dalam mengharumkan nama sukan Sofbol di Sarawak.

Dengan kejayaan penganjuran seperti ini, ditambah dengan aktiviti yang dilaksanakan oleh Sarawak Softball Association (SSA) pimpinan Mr Ishak Chin, maka diharapkan akan dapat meningkatkan lagi mutu permainan sofbol serta membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada para penggemar sukan Sofbol di Sarawak khususnya, dan juga di Malaysia amnya.

Selamat Bersofbol!

Catat Ulasan

0 Ulasan