.

.

KARTiKEL

Khamis, 20 Disember 2012

Permohonan Ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional


Bagi pelajar-pelajar lepasan PMR 2012, yang sudah mengetahui keputusan peperiksaan masing-masing, sekiranya anda berminat dengan bidang teknikal, anda bolehlah memohon melanjutkan pelajaran ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau pun ke Sekolah Menengah Vokasional (SMV).



Pendidikan Teknikal
Bidang teknikal dikhususkan kepada murid yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum atau Tingkatan 6.

Pendidikan Vokasional
Bidang vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan).  Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.

Latihan Kemahiran
Bidang kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Di samping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.



Berminat ?

Bagi yang berminat, boleh lah membuat permohonan onlinehttp://apps.moe.gov.my/esptv/2012_mohon/ ) atau pun secara walk-in terus ke mana-mana Kolej Vokasional ataupun SM Teknik.


Syarat Khusus


BIL.
PROGRAM
KATEGORI
KURSUS
PENCAPAIAN MINIMUM
1.
Pendidikan Vokasional
A
1.Teknologi Mekatronik
2. Penyelenggaraan Pesawat
3. Perakaunan
4. Pengurusan perniagaan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup.

B
1. Teknologi Elektrik
2. Teknologi Elektronik
3. Teknologi Automotif
4. Sistem Komputer dan Rangkaian
5. Sistem Pengurusan Pengkalan Data dan Aplikasi Web
6. Teknologi Pembinaan
7. Pembuatan Peralatan - Metal Stamping Die
8. Pembuatan Peralatan – Mould

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup.

C
1. Pelancongan
2. Seni Kulinari
3. Bakeri dan Konfeksioneri
4. Fesyen dan Pembuat Pakaian
5. Perkhidmatan Asuhan Kanak-kanak
6. Kosmetologi
7. Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
8. Pemesin  Industri
9. Teknologi Kimpalan
10. Hotikultur Hiasan
11. Landskap
12. Mekanisasi Pertanian
13. Agroindustri Tanaman
14. Agroindustri Ruminan
15. Agoindustri Poltri
16. Bioteknologi
17. Herba
18. Pemprosesan Hasil Pertanian
19. Akuakultur
20. Florikultur
21. Kesetiausahaan  Pentadbiran
22. Insurans
23. Perbankan
24. Pemasaran
25. Pengurusan Peruncitan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup.
2.
Pendidikan Teknikal
-
1. Kejuruteraan Mekanikal
2. Kejuruteraan Elektrik
3. Kejuruteraan Awam
4. Sains Pertanian
5. Perdagangan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup.
3.
Latihan Kemahiran
-
1. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
2. Juruteknik Elektrik
3. Pemesin Am / Juruteknik Pemesinan
4. Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
5. Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
6. Pelukis Pelan Kejuruteraan  Mekanikal
7. Furniture Maker
8. Jurubina Bangunan
9. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
10. Jurukerja Paip / Pemasangan Perpaipan dan Kumbahan
11. Pelukis  Pelan Senibina
12. Juruteknik Elektronik Industri-Peralatan
13. Pembuat Pakaian Wanita / Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
14. Pembantu Penyedia Makanan  / Demi Chef
15. Jurukecantikan
16. Pekerja Ladang Pertanian / Juruteknik Ladang Pertanian
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Kemahiran Hidup.






0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan