About Me

Autistik Savant : Genius dalam Kekurangan

Autistik Savant (Autistik Terpelajar) merupakan fenomena otak paling menakjubkan dalam  bidang psikologi. Autistik Savant ini merujuk kepada individu dengan penyakit autism, yang mempunyai kemahiran  luar biasa yang tidak boleh dipamerkan oleh orang kebanyakan.


Suatu ketika dahulu, golongan  ini digelar, Idiot Savant, istilah orang Perancis yang bermaksud kemahiran tanpa belajar. Istilah Autistik Savant ini diperkenalkan pada tahun 1978, oleh Dr Bernar Rimland dalam sebuah artikel dalam Psychology Today, dan istilah itu kekal hingga sekarang.


Dianggarkan hanya 10% dari kelompok penghidap autism merupakan Autistik Savant. Manakala bagi kelompok bukan penghidap autism, kurang dari 1%.


Kebolehan mereka ini boleh wujud dalam banyak bentuk. Kebiasaannya melibatkan pengiraan matematik, ingatan memori, kebolehan artistic dan kebolehan muzik. Kebolehan matematik yang selalu ditunjukkan oleh Autistik Savant ini adalah Ingatan Kalender. Mereka dapat menentukan hari dengan tepat, sekiranya mereka diuji dengan tarikh tertentu. Bagi sesetengah yang lain pula, boleh mengira pengiraan kompleks yang melibatkan punca kuasa dan angka besar tanpa sebarang masalah.


Ada yang boleh melukis karya yang sehebat Rembrandt (pelukis tersohor). Ada yang mempunyai kemahiran muzikal yang hebat seperti Tim Baley, pemain piano konsert bagi perkumpulan pemuzik dan penyanyi autism. Peliknya ada juga yang akan hilang kebolehan luarbiasa itu seiring dengan usia.



autistik savant dalam rain man
 
Filem Rain Man, kisah  Kim Peek telah berjaya mendedahkan ramai penonton kepada penyakit autism dan juga fenomena Autistik Savant. Malangnya, lebih ramai yang percaya, bahawa semua penghidap autism merupakan Autistik Savant, yang mana sebenarnya adalah tidak.


Punca penyebab individu autistik mempunyai kebolehan dan kepintaran luar biasa seperti ini adalah tidak diketahui. Banyak teori yang dikemukakan, tetapi tiada langsung bukti yang menyokong kesemuanya. Dr Rimland menyatakan bahawa ini berlaku kerana kebolehan luarbiasa mereka dalam  memfokuskan kepada perkara tertentu sahaja dalam pemikiran mereka.


Catat Ulasan

0 Ulasan